Hospital Kuala Nerang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 5:
Hospital Kuala Nerang adalah satu-satunya hospital kerajaan di daerah Padang Terap. Hospital ini menyediakan perkhidmatan primer dan penjagaan pesakit (termasuk semua perkhidmatan sokongan) kepada masyarakat Padang Terap. Ini adalah kemudahan hospital yang tidak khusus dengan 4 wad dan 89 katil. Walau bagaimanapun, hospital Kuala Nerang kini beroperasi dengan 4 wad dan 72 katil. Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan pakar, mereka dirujuk ke hospital Alor Star. Namun begitu semenjak hujung tahun 2017, Hospital Kuala Nerang telah bergabung dengan Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Jitra dikenali sebagai Hospital Kluster Kedah Utara '''(HOKKU).''' Dengan terjalinnya kerjasama antara ketiga tiga hospital ini kini perkhidmatan kepakaran turut disediakan di Hospital Kuala Nerang terutamanya kepakaran Rehabilitasi dan Perubatan Geriatrik.
 
Hospital Kuala Nerang telah memulakan operasi pada bulan Oktober 1994. Ia mula beroperasi dengan Unit Pesakit Luar pada bulan Oktober 1994 diikuti oleh wad ward lelaki dan wanita pada bulan November 1995 dan seterusnya ,wad bersalin pada bulan Julai 1996 dan seterusnya wad kanak-kanak.
 
Hospital Kuala Nerang kini diterajui oleh Pengarah Hospital, Dr.Syed Satahkatulah Bin Mohamed Kalik . Beliau mempunyai Kelulusan dalam Sarjana Pentadbiran Hospital '''(M.H.A)''' dari ''College of Public Health ,University of Philippines,''Filipina dan Ijazah Perubatan'''(M.D)''' dari ''Crimea State Medical University(CSMU)'', Ukraina.