Mercun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: right|200px|thumb|Mercun yang sedang meletup '''Mercun''' ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising y...
 
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:chinaboeller-2.jpg|right|200px|thumb|Mercun yang sedang meletup]]
'''Mercun''' ialah sejenis perkakas [[letupan]] kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai fiussumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun, serta [[bunga api]] kini dipercayai berasal dari [[China]].
 
==Budaya==
Mercun secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun cuti perayaan, seperti Hari Kemerdekaan [[Amerika Syarikat]], [[Deepavali]], [[Hari Raya]] dan [[Tahun Baru Cina]]. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Vietnam semasa pesta [[Tết]] terutamanya pada tengah malam Giao Thừa (Malam Tahun Baru). Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Sepanjang perayaan musim bunga pada tahun 2006, mercun dan [[bunga api]] sejumlah [[Dolar Amerika|AS$]] 124 juta telah dinyalakan di Tanah Besar [[China]].
 
==Pengharaman mercun==
Secara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai ''bahan letupan berkuasa rendah''. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya [[pencemaran]] [[bunyi]], risiko kecederaan serta risiko [[kebakaran]].
 
Di [[Malaysia]], pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum [[Orang Melayu|Melayu]]) semasa musim perayaan [[Hari Raya]]. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti [[meriam buluh]] sebagai alternatif kepada mercun komersial.
 
Di [[Singapura]], larangan separa terhadap pembakaran mercun dikuatkuasakan pada Mac 1970 selepas satu kebakaran yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 68 yang lain.<ref>[http://www.book-soul.com/h.html#1970 Book soul 1970]</ref> Ini seterusnya membawa kepada pengharaman penuh pada Ogos 1972, selepas satu letupan yang membunuh dua orang<ref>[http://www.chingay.org.sg/2006/aboutchingay/index.asp Chingay Past]</ref> serta serangan terhadap dua anggota polis yang cuba menghalang satu kumpulan orang ramai daripada membakar mercun pada Februari 1972.<ref>{{cite book | author=Akbur M., Peer | title=Policing Singapore in the 19th and 20th centuries | publisher=[[Singapore Police Force]]|year=2002|id=ISBN 981-04-7024-X|pages=100}}</ref> Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan kembali mercun dibakar semasa musim perayaan. Pada tengah malam Tahun Baru Cina di [[Chinatown, Singapura|Chinatown]], mercun dibakar tetapi di bawah syarat-syarat kawalan yang dikenakan oleh [[Lembaga Pelancongan Singapura]]. Perayaan lain di mana mercun dibenarkan untuk dibakar ditentukan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Namun demikian, penjualan mercun secara komersial diharamkan sama sekali.
 
==Pautan luar==
Baris 7 ⟶ 17:
* [http://www.youtube.com/watch?v=hQa9PB-lbxk The late Dennis Manochio Senior world's largest 4th of July Americana and fireworks collector! Historian for the American Pyrotechnics Association]
 
{{stub}}
[[Category:Bunga api]]
[[Category:Piroteknik]]