TV Pendidikan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Menambah rujukan.
Baris 33:
}}
 
'''TV Pendidikan''' (juga dikenali sebagai '''TVP''') ialah sebuah stesen televisyen berbentuk pendidikan yang dimiliki dan diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, [[Kementerian Pendidikan Malaysia]] dan menyiarkan pelbagai rancangan untuk pelbagai subjek sekolah. Moto rasmi TV Pendidikan ialah "Teknologi Untuk Pendidikan Bestari", sebelum ini ia menggunakan moto "Pencapaian Anda, Komitmen Kami". TVP memulakan siaran dari 19 Jun 1972 sehingga 31 Disember 2008, dan sejak 1 Januari 2009, ia digantikan oleh EDUWEBTV.<ref>[https://www.thestar.com.my/news/education/2004/08/01/tv-pendidikan-anyone/ TV Pendidikan, anyone?] ''[[The Star (Malaysia)|The Star Online]]'' (1 Ogos 2004). Dicapai pada 13 November 2014.</ref>
 
Pada Oktober 2018, Menteri Pendidikan [[Maszlee Malik]] mengumumkan bahawa TV Pendidikan akan dilancarkan semula selepas sekian lama tidak bersiaran.<ref>Noel Achariam (16 October 2018). [https://www.themalaysianinsight.com/s/104149 Education Ministry is looking to bring back TV Pendidikan] ''The Malaysian Insight''. Retrieved on 13 November 2018.</ref><ref>Asmah Rusman (17 October 2018). [https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/387122/wujud-semula-televisyen-pendidikan-metrotv Wujud semula televisyen pendidikan] ''[[Harian Metro]]''. Retrieved on November 13, 2018.</ref>
 
== Sejarah ==
TV Pendidikan telah dilancarkan rasminya pada 19 Jun 1972 oleh [[Perdana Menteri Malaysia]] Kedua, [[Tun Abdul Razak]].<ref>[http://www.pnm.gov.my/yangpertama/Kom_Tvdidik.htm Perkhidmatan TV Pendidikan yang pertama di Malaysia] Perpustakaan Negara Malaysia. Retrieved on November 13, 2014.</ref> Ia diperluaskan ke [[Sabah]] dan [[Sarawak]] pada 30 Ogos 1976. Pada April 1998, Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Seri [[Mohamed Rahmat]] (kini Allahyarham) mengumumkan penswastaan TV Pendidikan.<ref>{{cite news|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_07.htm|title=TV Pendidikan akan diswastakan|publisher=[[Utusan Malaysia]]|date=12 April 1998|accessdate=10 Ogos 2010}}</ref>
 
Sebelum ia bersepadu dengan TV9, TV Pendidikan telah bersiaran di [[Astro]] saluran 13 dan kedua-dua stesen televisyen terrestrial Malaysia [[RTM1|TV1]] dan [[RTM2|TV2]]. Sejak TV Pendidikan bersiaran hanya pada setengah hari, masa siaran lain telah diambil alih oleh Astro pada 17 Januari 2000. Oleh kerana Astro tidak membaharui kontrak dengan TV Pendidikan pada 31 Disember 2006, Saluran 13 yang menyiarkan TV Pendidikan kini ditukar dengan NHK World yang kemudiannya dipindahkan ke saluran 963 dan sekarang saluran 398. TV Pendidikan kembali disiarkan di saluran percuma pada 3 Januari 2007, tetapi disiarkan di saluran swasta, TV9 sehingga ia berakhir pada 31 Disember 2008.