Van: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Vauxford (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[File:Cumbria police van1.JPG|right|thumb|Van polis British meronda di Carlisle, Cumbria.]]
[[File:VW2017 Volkswagen Crafter IMGCR35 Trendline TD 2.0 0772Front.jpg|right|thumb|Volkswagen Crafter]]
 
'''Van''' merupakan sejenis kenderaan jalan yang digunakan untuk mengangkut barang atau orang. Bergantung kepada jenis van, ia mungkin lebih besar atau lebih kecil berbanding trak dan SUV, dan lebih besar daripada kereta biasa. Terdapat sedikit perbezaan dalam skop perkataan di kalangan negara yang berbahasa Inggeris. Van terkecil, van mikro, digunakan untuk mengangkut sama ada barangan atau penumpang dalam kuantiti yang kecil. MPV mini, MPV padat, dan MPV kesemuanya adalah van kecil yang biasanya digunakan untuk mengangkut penumpang dalam jumlah kecil. Van yang lebih besar dengan kerusi penumpang digunakan untuk keperluan institusi, seperti mengangkut pelajar. Van lebih besar dengan hanya kerusi depan dipasang sering digunakan untuk tujuan perniagaan, untuk membawa barangan dan peralatan. Van yang dilengkapi khas juga digunakan oleh stesen televisyen sebagai studio mudah alih. Perkhidmatan pos dan syarikat kurier menggunakan van bersaiz besar untuk menyampaikan bungkusan.