Penyerahan Hong Kong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
Wilayah Hong Kong diambil daripada tiga perjanjian berlainan: [[Perjanjian Nanking]] pada tahun 1842, [[Perjanjian Beijing]] pada tahun 1860, dan [[Konvensyen bagi Peluasan Wilayah Hong Kong]] pada tahun 1898 yang memberi United Kingdom kawalan ke atas [[Pulau Hong Kong]], [[Kowloon]] (kawasan selatan Boundary Street), dan [[Wilayah Baru]] (kawasan utara Boundary Street dan selatan [[Sungai Shenzhen]], dan pulau-pulau di sekitarnya. Walaupun Pulau Hong Kong dan Kowloon sudah diberikan kepada United Kingdom selama-lamanya, kawalan ke atas Wilayah Baru adalah pajakan selama 99 tahun. Pajakan 99 tahun ini tidak mengganggu pembangunan Hong Kong kerana Wilayah Baru digabungkan sebagai sebahagian daripada Hong Kong. Pada tahun 1997, adalah tidak praktikal memisahkan ketiga-tiga wilayah terbabit dengan hanya mengembalikan Wilayah Baru. Tambahan pula, dengan tanah dan sumber alam yang terhad di Pulau Hong Kong dan Kowloon, Wilayah Baru dibangunkan dengan skala yang besar dan ada pembangunan yang akan siap selepas 30 Jun 1997. Oleh itu, status Wilayah Baru selepas pajakan tamat menjadi penting bagi pembangunan ekonomi Hong Kong.
 
Pada bulan Mac 1979, Gabenor Hong Kong, Murray MacLehose, melakukan lawatan rasmi pertama ke Republik Rakyat China sebagai satu inisiatif untuk membincangkan kedaulatan Hong Kong dengan [[Deng XiopingXiaoping]]. Tanpa penjelasan rasmi daripada kerajaan China, menguruskan pajakan dan perjanjian pinjaman hartanah di Hong Kong akan menghadapi kesukaran. Malahan, seawal pertengahan tahun 1970an, Hong Kong menghadapi masalah mendapatkan pinjaman untuk projek berskala besar seperti sistem keretapi transit awam (MTR) dan lapangan terbang baru. Deng, yang tidak bersedia, menekankan kepentingan Hong Kong dikembalikan kepada China, dan akan diberikan status istimewa.
 
Ramai berpendapat kalau tidak kerana sikap terburu-buru MacLehose, kerajaan China mungkin tidak meletakkan persoalan Hong Kong dalam agendanya. Bagaimanapun, lawatan MacLehose ke China menyebabkan isu kedaulatan Hong Kong menjadi penting. Britain kini sedar hasrat China yang mahukan Hong Kong dikembalikan, dan mula mengatur rancangan untuk memastikan kepentingannya dilindungi dan merancang pelan pengunduran.