Harry Potter and the Half-Blood Prince: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MuhdAliffHaziq (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
MuhdAliffHaziq (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 29:
Semasa musim panas, [[Albus Dumbledore]] telah menugaskan Harry (tanpa diketahui oleh Harry) untuk memujuk Profesor [[Horace Slughorn]], seorang guru yang telah bersama, untuk menyambung semula kerjaya beliau di Hogwarts. Harry kemudiannya menghabiskan musim cutinya di [[The Burrow]] bersama keluarga Weasley dan Hermione. Di sini, Harry telah mendapat tahu bahawa [[Bill Weasley]] telah bertunang dengan gadis pilihanya (malangnya bukanlah gadis kegemaran keluarga Weasley terutamanya bagi [[Puan Weasley]] dan [[Ginny Weasley|Ginny]]) iaitu [[Fleur Delacour]]. Harry, Ron dan Hermione pula telah menerima keputusan [[P.S.B]] mereka. Untuk menjadi seorang Auror, Harry dan Ron perlu mengambil subjek [[Posyen]] untuk meneruskan pengajian mereka ke tahap [[U.S.S.M]]. Walauu bagaimanapun, keputusan mereka itu tidak mencapai tahap yang diperlukan oleh guru posyen mereka iaitu Profesor Severus Snape yang sekaligus membantutkan cita-cita mereka. Walau bagaimanapun, Harry amat teruja apabila mendapat tahu bahawa hanya beliau sahaja yang menerima gred 'Cemerlang' bagi subjek [[Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam]] jika dibandingkan dengan Ron dan Hermione.
 
==== Lencongan Draco (Draco Detour) ====
Di [[Diagon Alley]], ketiga-tiga sahabat itu telah menjumpai Draco lalu mengekori beliau. Mereka kemudiannya mendapati Draco telah mengunggut Encik Borgin, pengurus kedai [[Borgin dan Burkes]] untuk membaiki satu objek dan menyimpan yang satu lagi. Di sini, Harry mula membuat andaian bahawa Draco telah menjadi seorang [[Death Eater]].