Ekamatra (kugiran): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 27:
Atas inisiatif daripada Cikgu Sallehudin, mereka kemudiannya disatukan untuk membentuk sebuah kugiran yang aktif membuat persembahan di daerah Kota Tinggi. Pada awalnya, mereka hanya bergiat aktif secara kecil-kecilan sahaja di majlis perkahwinan, di konsert mini dan di sekolah.
 
Tidak lama selepas itu, mereka menyertai dua pertandingan rock yang dianjurkan di Johor iaitu ''Juara Rock Johor Tengah'' & ''Juara Rock Johor'', setiap satunya diadakan pada tahun 1986 & 1988. Berbekalkan bakat dan kemahiran yang ada, mereka kemudiannya dinobatkan sebagai juara dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Sebagai juara pertandingan Juara Rock Johor, mereka telah mendapat hadiah yang lumayan dan antaranya ialah kontrak rakaman daripada salah satu syarikat rakaman antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia iaitu [[EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd.|EMI]].
 
Namun disebabkan kebanyakan anggotanya masih bersekolah lagi, proses rakaman album pertama ditangguhkan selama hampir 2 tahun. Dalam tempoh tersebut, Shahrul dan Nurul datang ke Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu untuk menyiapkan rakaman lagu-lagu yang bakal dimasukkan ke dalam album pertama mereka. Pada masa yang sama, Cikgu Sallehudin telah menukar nama kumpulan kepada '''''Ekamatra''''' yang berasal dari dua perkataan Sanskrit iaitu '''''Eka''''' yang bermaksud ''satu'' dan '''''Matra''''' yang bermaksud ''dimensi'', ''perjalanan'' atau ''tekanan''. Dengan penggunaan Ekamatra sebagai nama baharu, maka terhasillah album pertama berjudul '''Satu Tekanan Irama''' yang dikeluarkan pada tahun 1989.