Negara satu parti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Interscale2 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{rujukan}}
'''Negara satu parti''' atau ('''sistem satu parti''') ialah sejenis [[kerajaan]] ber[[sistem parti]] yang mana hanya satu [[parti politik]] yang membentuk kerajaan dan tiada parti lain yang dibenarkan mencalonkan ahli-ahlinya untuk [[pilihan raya]]. Adakalanya, istilah '''negara satu parti ''de facto''''' digunakan untuk mentakrifkan [[sistem parti dominan]] di mana undang-undang atau amalan setempat melarang parti pembangkang daripada memperoleh kuasa. Sesetengah negara satu parti hanya melarang parti ''pembangkang'' sambil membenarkan kewujudan parti sekutu bawahan sebagai sebahahgian [[kerajaan campuran]] yang berkekalan, seperti [[barisan popular]]. Dalam sesetengah negara, parti dominan yang memerintah negara satu parti sering dikenali dengan timangan ''Parti'' sahaja. Contoh: di [[Kesatuan Soviet]], ''Parti'' bermaksud [[Parti Komunis Kesatuan Soviet]]; begitu juga di bekas [[Republik Rakyat Poland]] di mana ''Parti'' ialah [[Parti Buruh Bersatu Poland]].