Bara (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 32:
Kehilangan Effa membuatkan Carlos menjadi berang dan memarahi Ah Boon dan Dino kerana tidak mengawal ketat Effa pada malam itu. Ziman yang mengetahui akan hal tersebut pada mulanya merendah-rendahkan Effa hanya disebabkan statusnya sebagai bekas pelacur, namun mula berubah setelah dimarahi oleh Amri. Effa berasa selamat di bawah jagaan Amri dan rakan-rakan yang lain.
 
Setelah dua bulan tinggal bersama Mona, Effa akhirnya bekerja sebagai pelayan di kelab tempat Amri dan Ziman bermain muzik. Hubungan Amri dan Effa kian intim dan Amri menerima Effa seadanya walaupun tahu akan apa yang telah berlaku ke atas diri Effa selama ini. Malangnya, Carlos muncul di kelab malam selepas menjejaki Effa dan memalukannya di tempat itu. Ini menyebabkan hubungan Amri dan Effa renggang kerana Amri merasakan bahawa dirinya dikhianati kerana Effa masih melakukan perbuatan terkutuk itu., sedangkan Effa sudah tidak melakukannya lagi.
 
Pada suatu hari, Amri mendapat panggilan dari Carlos yang menyembunyikan identitinya dengan mengatakan Effa dalam bahaya. Tanpa berfikir panjang, Amri terus sahaja menuju ke rumah Effa. Setibanya di rumah Effa, Amri mendapati Effa sudah berlumuran darah akibat ditikam dan akhirnya mati di ribaannya. Mona yang terkejut dengan apa yang berlaku telah menuduh Amri sebagai pembunuh Effa. Amri kemudiannya melarikan diri apabila menyedari polis sedang memburunya. Amri cuba meminta pertolongan daripada Ziman untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah namum Ziman enggan menolongnya kerana bimbang dituduh bersubahat dan telah diberi amaran oleh pihak polis.