Perbezaan antara semakan "Melaka"

765 bait ditambah ,  2 tahun lalu
 
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Melaka menerima banyak penghargaan antarabangsa. Bandar ini telah disenaraikan oleh beberapa penerbitan, termasuk Forbes dan Lonely Planet, sebagai salah satu Destinasi Pelancongan Utama di Asia dan Dunia.<ref>https://www.forbes.com/sites/annabel/2018/02/22/the-10-coolest-cities-around-the-world-to-visit-in-2018/</ref><ref>https://www.lonelyplanet.com/travel-tips-and-articles/lonely-planets-best-in-asia-2017/40625c8c-8a11-5710-a052-1479d2755b7b</ref> Melaka disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 Destinasi Terbaik di Malaysia oleh Tripadvisor.<ref>https://www.tripadvisor.com.my/TravelersChoice-Destinations-cTop-g293951</ref> Aplikasi Waze mengiktiraf Melaka dengan Anugerah '''The Best City to Drive In''<nowiki/>'.<ref>https://www.pressreader.com/malaysia/new-straits-times/20180307/281569471234867</ref> Di peringkat global, bandar bersejarah ini menduduki tangga hadapan mendahului kota metropolitan utama seperti Sydney, Lisbon, dan Barcelona.<ref>http://says.com/my/news/waze-says-this-historic-city-is-the-best-place-to-drive-in-the-country</ref> Bandar ini juga telah diiktiraf oleh HuffPost sebagai antara 15 dari ''Best Street Art Cities.''<ref>https://www.huffingtonpost.com/vicki-louise/15-of-the-best-street-art_b_9444242.html</ref> Di samping itu, penerbitan Time meletakkan Melaka sebagai salah satu tempat terbaik untuk hidup dan bersara.<ref>http://time.com/money/5021651/4-under-the-radar-ultra-cheap-overseas-retirement-destinations/</ref>
 
Antara kebudayaan Melaka yang unik ialah [[Dondang sayang|Dondang Sayang]] yang diiktiraf oleh [[UNESCO|UNESCO.]] Dondang Sayang adalah seni Melayu tradisional yang masih diamalkan di Melaka oleh empat komuniti: masyarakat Melayu, Baba Nyonya, Chitty dan Portugis. Praktik ini menggabungkan unsur-unsur muzik (biola, gong dan tamborin atau tambor), lagu dan dikir, dan ciri-ciri puisi merdu yang indah. Juga dikenali sebagai balada cinta, lagu-lagu yang digunakan oleh masyarakat untuk menyampaikan perasaan kasih sayang dan memberi nasihat mengenai topik-topik khas seperti kasih sayang dan kebaikan.<ref>https://ich.unesco.org/en/RL/dondang-sayang-01410</ref><ref>http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dondang-sayang-terima-pengiktirafan-unesco-192690</ref>
 
Melaka juga terkenal dengan makanannya, terutamanya gaya masakan [[Baba dan Nyonya]] yang terdiri daripada gaya masakan Cina dan Melayu. Kebanyakan hidangannya adalah pedas dan berempah. Bagi makanan, Melaka mendapat pengiktirafan daripada ''World Street Food Congress'' untuk Mee Siam Nyonya (ke-34) dan Satay Jalan Kuli (ke-43).<ref>http://wsfcongress.com/wp-content/uploads/2014/10/Top-50-Street-Food-Awards-WSFC17.pdf</ref> Pelbagai hidangan jalanan dan makanan lazat di Melaka termasuk (tetapi tidak terhad kepada) [[Sate|sate celup]]; [[Bebola Nasi Ayam|bebola nasi ayam]]; mi itik; [[Mi wantan|mi wantan gaya Melaka]]; [[Laksa|laksa nyonya]]; ''pai tee'' (juga dikenali sebagai ''pie tee'' dan topi atas); ayam pongteh; asam pedas dengan ikan; makanan laut dan ikan bakar Portugis; ''fishball lobak''; ''coconut shake''; [[Cendol|cendol nyonya]]; [[putu piring]]; dan kuih nyonya.<ref>http://says.com/my/lifestyle/melaka-food</ref>[[Fail:Baba_house.jpg|thumbnail|290px|left|Rumah baba-nyonya di Melaka.]]
733

suntingan