Mazlan Nordin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 24:
 
==Meninggal dunia==
Pada hari Khamis, 22 Mac 2012, Mazlan Nordin meninggal dunia (87 tahun) di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau dimasukkan ke PPUM selepas terjatuh di bilik air rumah anaknya di No 14, Jalan Dato Abu Bakar 16/1, [[Petaling Jaya]] .Anak keempat beliau, Yuri Azhar, 39 memaklumkan bahawa doktor memberi bapanya [[sedatif]] bagi mengurangkan rasa sakit .<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm Tokoh wartawan Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia]</ref> <ref>[http://www.bharian.com.my/articles/TokohwartawanTanSriMazlanNordinmeninggaldunia/Article/ Tokoh wartawan Tan Sri Mazlan Nordin meninggal dunia]</ref> Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan [[Bukit Kiara]] bersebelahan kubur isterinya, Rogayah Sameon yang meninggal dunia pada 1996.Beliau meninggalkan empat cahaya mata, iaitu Roslin, 45; Addie Mazlan, 43 ; Yuri Azhar, 38; dan Mohd Faisal, 25 serta empat cucu. Anak sulungnya meninggal dunia pada 2005 akibat penyakit paru-paru.
 
Antara yang menziarahi jenazah ialah [[Perdana Menteri, Datuk Seri [[Najib Razak]]; Pengerusi [[NSTP]], Tan Sri [[Mohamed Jawhar Hassan]]; Pengerusi Eksekutif [[Media Prima]], Datuk [[Johan Jaafar]]; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk [[Ahmad Abd Talib]] dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk [[A Kadir Jasin]].