Johor Bahru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 80:
[[Lebuhraya Pasir Gudang]] dan Parkway Johor Bahru melintas Lebuhraya Tebrau dan Lebuhraya TAR di separuh jalan dan merupakan [[Jalan lingkaran|Jalan Lingkar]] Pertengahan kawasan metropolitan. [[Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru]] membantu dalam pengawalan trafik di Daerah Sentral dan sekelilingnya. Kemasukan ke sistem lebuhraya nasional boleh dibuat melalui Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dengan jalan masuk dan keluar ditempatkan secara strategik di dalam kawasan metropolitan. Tambahan juga, tambak Johor Bahru yang dilengkapkan dengan [[landasan keretapi]] dan lebuhraya enam lorong menyambungkan Daerah Sentral dengan negara Singapura. [[Link Kedua]] yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan telah dibina pada tahun [[1997]] untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Parkway Johor Bahru dan PLUS. Mulai Mac 2008, kerja-kerja pembinaan lebuhraya baru iaitu [[Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur]] (JB EDL) akan dimulakan. Lebuhraya tersebut akan dapat megurangkan masalah kesesakan lalulintas di [[Lebuhraya Tebrau]].
 
[[Lapangan Terbang Antarabangsa Senai]] ditempatkan di bahagian barat laut kawasan metropolitan dan memberi perkhidmatan kepada [[sistem penerbangan nasional]] dan wilayah. [[Pelabuhan Tanjung Pelepas]], yang terletaknya di bahagian barat kawasan metropolitan, ialah pusat pemindahan yang terbesar di Malaysia, sedangkan [[Pelabuhan Pasir Gudang]] di bahagian timur merupakan salah satu pelabuhan [[komoditi]] yang utama di Malaysia disebabkan Johor Bahru dilingkari ladang-ladang yang besar.
 
Serentak dengan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk, Kerajaan Negeri sedang membina sebuah sistem [[monorail]] yang dikenali sebagai JB monorail. Ia akan menghubungkan Kompleks Imigresen dan Kastam, Tebrau, [[Skudai]], [[Senai]], dan berakhir di [[Nusajaya]].
 
==Penyiaran==
Johor Bahru mempunyai tiga [[stesen radio]]. [[Best 104]] merupakan stesen radio [[swasta]] yang pertama di Malaysia. [[Johor FM]] ialah stesen radio wilayah hakmilik kerajaaan, sedangkan FMJB adalah stesen radio kerajaan bagi kawasan Johor Bahru sahaja.
 
==Pautan luar==
*[http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18751 Peta-peta berkaitan dengan Johor Bahru]
*[http://www.irda.gov.my Laman Web Rasmi Wilayah Pembangunan Iskandar]
 
{{Johor}}