Walther von Brauchitsch: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 50:
}}
 
'''Walther Heinrich Alfred Hermann von Brauchitsch''' (4 Oktober 1881 – 18 Oktober 1948) adalah seorang [[Fil Marsyal]] Jerman dan [[Panglima Tertinggi|Panglima Besar]] [[Tentera Darat Jerman (Wehrmacht)|Tentera Darat Jerman]] semasa [[Jerman Nazi|era Nazi]]. Dilahirkan dalam keluarga bangsawan tentera, Brauchitsch memasuki perkhidmatan tentera pada tahun 1901. Semasa [[Perang Dunia I]], beliau berkhidmat dengan cemerlang di bahagian staf peringkat kor dan divisyen di [[Medan Barat (Perang Dunia I)|Perbatasan Barat]].
 
Selepas [[Kebangkitan kuasa Adolf Hitler|Nazi berkuasa pada 1933]], Brauchitsch mengepalai [[Wilayah tentera (Jerman)|Wilayah Tentera]] [[Prusia Timur]]. Beliau [[Rasuah para pegawai kanan Wehrmacht|meminjam sejumlah wang yang besar]] dari [[Hitler]] dan terus bergantung kepada bantuan kewangannya. Brauchitsch berkhidmat sebagai Panglima Besar Tentera Darat Jerman (''Oberbefehlshaber des Heeres'') dari Februari 1938 sehingga Disember 1941. Beliau memainkan peranan utama dalam [[Pencerobohan Poland]], [[Pertempuran Perancis]] dan mengawasi [[Serangan ke atas Yugoslavia|Pencerobohan Yugoslavia]] dan [[Pertempuran Greece|Greece]]. Untuk bahagiannya dalam [[Pertempuran Perancis]], Brauchitsch menjadi salah seorang dari 12 Jeneral yang dinaikkan pangkat dalam [[Upacara Fil Marsyal 1940]] dan merupakan pegawai yang paling kanan dalam senioriti Tentera Darat Jerman.