Karl Dönitz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 40:
[[File:DönitzDetentionReport.png|thumb|right|350px|Laporan penahanan Dönitz dan [[gambar]] pada tahun 1945]]
 
'''Karl Dönitz''' ({{IPA-de|ˈdøːnɪts|lang|De-Karl_Dönitz.ogg}}; 16 September 1891 – 24 Disember 1980) ialah seorang panglima kanan tentera laut Jerman semasa [[Perang Dunia II]]. Beliau memulakan kerjayanya didalam Tentera Laut Imperial (''Kaiserliche Marine'') sebelum [[Perang Dunia I]]. Pada tahun 1918, sewaktu memerintah ''U-68'', [[kapal selam]] tersebut telah ditenggelamkan oleh tentera British dan Donitz telah ditawan. Sewaktu didalam kem [[tawanan perang]], beliau mencipta satu formula baru perang laut yang dipanggil ''Rudeltaktik'' ("taktik berpasukan", atau dikenali sebagai "wolfpack"). Pada permulaan Perang Dunia II, beliau merupakan pegawai kanan kapal selam dalam Tentera Laut Jerman. Pada Januari 1943, Donitz dinaikkan pangkat ke [[Laksamana Besar]] ''([[Grossadmiral]])'' dan menggantikan Laksamana Besar [[Erich Raeder]] sebagai Panglima Tertinggi Tentera Laut Jerman (''[[OKLOKM|Oberbefehlshaber der Kriegsmarine]]'').
 
Pada 30 April 1945, selepas kematian [[Adolf Hitler]] dan mengikut wasiat terakhirnya, Donitz telah dinamakan pengganti Hitler sebagai ''Staatsoberhaupt'' ([[ketua negara]]), dengan gelaran ''Reichspräsident'' ([[Presiden]]) merangkap Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Pada 7 Mei 1945, beliau mengarahkan Jeneral [[Alfred Jodl]] menandatangani dokumen penyerahankalah Jerman di [[Reims]], Perancis. Donitz kekal sebagai ketua Kerajaan Flensburg, yang dikenali dengan nama itu, sehingga ia dibubarkan oleh kuasa-kuasa Bersekutu pada 23 Mei 1945.