Perbezaan antara semakan "Kelantan"

597 bait ditambah ,  2 tahun lalu
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Di bawah perjanjian British-Siam pada tahun 1948, demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.
 
Oleh yang demikian Kelantan mempunyai budaya yang unik yang sangat berkait rapat dengan budaya Negeri Patani. Asimilasi antara budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan seumpamanya. Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur-unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan diresapi oleh budaya Hindu. Kebudayaan Kelantan yang unik, Mak Yong diiktiraf oleh [[UNESCO|UNESCO.]] Bentuk teater purba ini dicipta oleh masyarakat Melayu Malaysia menggabungkan lakonan, muzik vokal dan instrumental, gerak isyarat dan pakaian rumit. Khususnya kepada kampung-kampung Kelantan di barat laut Malaysia, di mana tradisi itu berasal, Mak Yong dilakukan terutamanya sebagai hiburan atau untuk tujuan ritual yang berkaitan dengan amalan penyembuhan.<ref>https://ich.unesco.org/en/RL/mak-yong-theatre-00167</ref><ref>http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dondang-sayang-terima-pengiktirafan-unesco-192690</ref>
 
Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang berkhasiat dikenali sebagai [[budu]]. Budu salah satu makanan yang paling popular di negeri Kelantan. Kini, masyarakat semakin mengenali dan mengetahui khasiat budu. Di samping itu, [[nasi kerabu]] juga popular di negeri Kelantan. Hanya masyarakat Kelantan dapat menghasilkan nasi kerabu yang sedap. Terdapat pelbagai makanan lain yang enak di negeri Kelantan antaranya [[nasi dagang]], nasi berlauk, nasi tumpang, [[nasi kapit]], nasi air, [[laksam]], [[kuih akok]], [[kuih talam]], ayam percik dan [[ketupat sotong]].<ref>https://www.pressreader.com/malaysia/the-star-malaysia-star2/20111017/281745561151202</ref><ref>https://www.star2.com/food/food-news/2016/09/20/great-malaysian-dishes-kelantan-nasi-kerabu/</ref>
733

suntingan