Damasutra: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 24:
 
== Sejarah ==
Kumpulan ini diasaskan oleh pemain bassnya, '''Amran bin Abu Sidek (Amran atau An)''' di mana beliau sendiri ingin membawa irama rock baharu dengan menampilkan satu keunikan yang tidak ada pada kumpulan muzik yang lain. Amran berjaya mengumpulkan 2 orang pemuzik berpengalaman iaitu '''Alok (Gitar)''' dan '''Assu (Dram)''' manakala vokalisnya, '''Bahagia bin Daharun''' atau lebih dikenali sebagai '''Baggio''' telah dipilih melalui satu rakaman demo yang diterima oleh Amran sendiri. Mereka kemudiannya bernaung di bawah syarikat rakaman '''Sinar Muzik Production'''.
 
Kemunculan Damasutra di tengah-tengah kehangatan muzik rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan [[kumpulan Dinamik|Dinamik]], [[Kumpulan Wow|WOW]], [[Kumpulan Black Rose|Blackrose]], [[kumpulan Kris|Kris]] dan [[kumpulan Laksamana|Laksamana]]. Gitaris kumpulan [[Bumiputra Rockers]], Awang bertindak selaku penerbit album-album Damasutra kecuali album terakhir mereka.