Ekamatra (kugiran): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 76:
* Sallehudin yang juga seorang guru, adalah orang yang banyak memainkan peranan penting dalam kumpulan Ekamatra di mana beliau telah menubuhkan dan memberi nama kepada kumpulan ini di samping menjaga kebajikan ahli-ahlinya.
* Shahrul, Nurul dan Pacai telah membentuk kumpulan yang dinamakan '''Eka''' dan menghasilkan sebuah album berjudul '''Kelahiran''' pada tahun 1992. Bagaimanapun, kumpulan ini juga tidak dapat bertahan lama dan akhirnya kesemua mereka membawa haluan masing-masing.
* [[Rahmat Ekamatra|Rahmat]] telah menubuhkan kumpulan muzik baharu yang diberi nama '''RAHMAT''' pada tahun 1991. Lagu hitsnya, ''Rajuk'' dan ''Menanti Kasih Di Hujung Hari'' telah melonjakkan nama Rahmat di persada muzik tempatan setelah meninggalkan Ekamatra. Malangnya, kumpulan ini terpaksa dibubarkan selepas album yang berjudul ''RAHMAT'' dikeluarkan dan beliau kemudiannya meneruskan kerjaya secara solo. Kini, nama beliau terpahat sebagai salah seorang penyanyi lelaki terbaik Malaysia dalam genre balada dan pop rock.
* Shahrul, Eddie dan Pacai juga meneruskan karier dalam bidang muzik. Mereka kini merupakan antara pemuzik handalan yang berpengalaman serta seringkali menjadi pilihan penyanyi-penyanyi ternama untuk mengiringi persembahan pentas. Mereka juga kerap menjadi ''sessionist'' dan juga penggubah lagu.
* Shahrul pernah menghasilkan sebuah album solo gitar bertajuk '''Transfigurasi''' pada tahun 1995. Beliau juga kerap mengendalikan kelas-kelas untuk peminat yang ingin mempelajari teknik bermain gitar.