Geografi Negeri Sembilan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Chongkian (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Negeri Sembilan''' terletak di wilayah tengah [[Semenanjung Malaysia]], yakni di sebelah selatan negeri [[Selangor]]. Negeri ini bersempadan dengan [[Pahang]] di sebelah timur dan [[Melaka]] serta [[Johor]] di sebelah selatan. Bandar [[Seremban]], iaitu ibu negeri Negeri Sembilan, terletak cuma 60 km dari [[Kuala Lumpur]] dan kira-kira 40 km dari [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]] (KLIA) yang baru di [[Sepang]].
 
Negeri Sembilan, bersama-sama dengan tujuh daerahnya ([[Seremban]], [[Port Dickson]], [[Jelebu]], [[Rembau]], [[Tampin]], [[Kuala Pilah]], dan [[Jempol]]) meliputi keluasan 6,645 km persegi atau 664,591 hektar. Kawasan ini terdiri daripada lembah-lembah dan dataran yang begitu indah mata memandang dalam dakapan alunan bukit-bukau dan pergunungan. Sambil [[Banjaran Titiwangsa]] semakin menirus menghala tanah rendah Johor, rupa bumi bergunung-ganang dan hutan belantara beransur berubah menjadi ladang-ladang [[Pokok Getah|getah]] dan [[Pokok Kelapa Sawit|kelapa sawit]] di sebelah barat.