Perbezaan antara semakan "Pemberontakan Yihetuan"

tiada ringkasan suntingan
(Penambahan tag permintaan terjemahan pengembangan)
 
Gerakan [[Yihetuan|Yìhétuán]] ({{zh-tsp|t=義和團|s=义和团|p=Yìhétuán}}, "Persatuan Adil dan Harmoni") diasaskan dalam kalangan petani yang berfahaman menentang kuasa asing dan [[imperialisme]] di China utara. Mereka menyerang orang asing yang membina landasan kereta api dan melanggar hukum ''[[feng shui]]'', serta juga orang [[Kristian]] yang didapati bertanggungjawab atas dominasi asing di China. Pada Jun 1900, puak ini menceroboh [[Beijing]] dan membunuh 230 orang bukan Cina. Berpuluh ribu orang Cina Kristian, tanpa mengira bermazhab Katolik atau Protestan turut terbunuh kebanyakannya di wilayah [[Shandong]] dan [[Shanxi]] sebagai sebahagian konflik ini. Kerajaan pimpinan [[Maharani Balu Cixi]] tidak dapat membantu mengawalnya kerana para diplomat, orang awam asing, askar dan sebilangan orang Cina Kristian berundur ke kawasan perwakilan dan bertahan selamar 55 hari sementara satu campuran pelbagai bangsa mengerah 20,000 orang tentera untuk menyelamatkan mereka. Kerajaan China dipaksa membayar gantik rugi kepada para mangsa dan melaksanakan banyak konsesi lain. Pembaharuan seterusnya yang dilaksanakan selepas krisis-krisis 1900 menyediakan asas untuk pengakhiran [[Wangsa Qing]] dan penubuhan [[Sejarah Republik China|Republik China]] moden.
 
Gerakan Yìhétuán ini turut diberi gelaran ''Boxer'' (kata bahasa Inggeris bermaksud "[[tinju|peninju]]", kata jamak: ''Boxers'') kerana kebanyakan daripada anggota gerakan ini dikenali atas kepakaran tinggi mereka dalam [[seni mempertahankan diri Cina|seni mempertahankan diri]], di mana iayang dahulunya dipadankan dengan istilah ''Chinesechinese Boxingboxing'' ("tinju Cina"); oleh yang demikian, pemerontakanpemberontakan yang dilakukan gerakan ini turut mendapat nama sebagai '''Pemberontakan ''Boxer''''' atau '''Gerakan ''Boxer'''''.
 
==Latar belakang==