Dia Menantu Rahsia (novel): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sixday7 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox book | name = Dia Menantu Rahsia | image = | alt = | image_caption = | author = Indah Hairani | country = Malaysia | language = Bahasa Mel...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 11:26, 20 Januari 2019

Dia Menantu Rahsia ialah sebuah novel nukilan penulis novel kelahiran Malaysia, Indah Hairani. Novel ini diterbitkan pada tahun 2015 oleh Buku Prima.

Dia Menantu Rahsia
Umum
PengarangIndah Hairani
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreRomantik komedi
Penerbitan
PenerbitBuku Prima
Tarikh penerbitan
2015
Jenis media
Cetakan
e-Buku
Halaman624
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789674461942

Sinopsis

PERTUNANGAN antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya. Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu?[1]

Adaptasi

Drama

Pada 2019, sebuah drama bersiri berdasarkan novel ini telah diterbitkan lakonan Raysha Rizrose, Ashraf Muslim, Syazuwan Hassan dan Mona Allen.[2]

Rujukan

  1. ^ "Pujaan Hati Kanda, Aulia Iman, Karyaseni Enterprise". e-sentral.com.
  2. ^ "Drama PDia Menantu Rahsia (TV3)". MyInfotaip. 25 Disember 2018.

Pautan luar