Safura Ya'cob: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sixday7 (bincang | sumb.)
Sixday7 (bincang | sumb.)
Baris 28:
==Kerjaya==
===Nyanyian===
Pada awal 1990an, Safura mula menjinakkan diri dalam dunia nyanyian sebagai penyanyi di kelab malam. Hanya pada tahun 1996 beliau mula diikat kontrak oleh BMG Music Malaysia sebagai penyanyi rakaman. Album ''Sedalam Mana Cintamu'' terbitan komposer LY menerima nominasi di [[Anugerah Industri Muzik ke-5]] untuk kategori [[Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM)]] dan juga Artis Baru Terbaik. Album itu menjadi hits dan disinambungkan menerusi album susulan berjudul ''Mencari Mahligai'' pada tahun 1998. Pada era penghujung 1990an, beliau mempunyai beberapa buah lagu yang menduduki kedudukan nombor satu carta muzik seperti ''Sedalam Mana Cintamu'', ''Rinduku Semakin Kuat'', ''Jangan Menangis Sayang'', ''Andang Cintaku Menyala'' dan ''Dian Asmara''. Ketika itu beliau membawakan muzik pop melayu yang mendayu-dayu ciptaan komposer Eddie Hamid. Kerjaya nyanyiannya menjadi pudar apabila beliau tidak lagi berpeluang merakam lagu-lagu baharu setelah tamat kontrak bersama BMG.<ref>{{cite web|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|title=Safura -- Selamanya temui peminat|date=22 Mac 2001|publisher=Utusan Melayu}}</ref>
 
===Lakonan===