Loghat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Murbaut1 (bincang | sumb.)
k kosmetik
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Loghat''' ('''loghat daerah''', '''dialek''' atau '''bahasa daerah''') ialah [[kelainan bahasa|kelainan]] dalam sesuatu [[bahasa]] yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.<ref>[http://dictionary.oed.com/cgi/entry/50063104?query_type=word&queryword=dialect&first=1&max_to_show=10&sort_type=alpha&result_place=1&search_id=tFGd-Bh8USU-18775&hilite=50063104 Oxford English dictionary]</ref> Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial.<ref>[http://www.m-w.com/dictionary/dialect Merriam-Webster Online Dictionary]</ref> Istilah ''loghat'' berasal dari perkataan [[bahasa Arab|Arab]] {{lang|ar|لغة}} (''{{semxlit|lúğa}}'') yang bermaksud "bahasa"; sementara istilah ''dialek'' dipinjam dari bahasa Inggeris melalui perkataan [[bahasa Yunani|Yunani]] {{lang|grel|διάλεκτος}} (''dialektos'') yang bermaksud "bahasa" atau "perbualan".
Dalam kegunaan umum, perkataan "loghat" atau "loghat daerah" adakalanya dipakai untuk memaksudkan suatu bahasa yang kurang biasa didengari (terutamanya [[bahasa setempat]]), khususnya bahasa yang tidak bertulis atau tidak diselaraskan.<ref>Perhatikan, contohnnya, penggunaan "dialect" dalam ayat berikut yang dipetik dari potert biografi Theodore Roosevelt (''The river of doubt: Theodore Roosevelt's darkest journey'' (2005) oleh Candice Millard, Doubleday), ''"… and Rondon, although he knew ten different Indian dialects…"'' ("…dan Rondon, biarpun ia tahu akan sepuluh dialek Indian berbeza…", ms. 80). Penelitian kandungan akhbar masa itu turut memperlihatkan penggunaan yang sama.</ref> Penggunaan perkataan ini tidak sedap didengari penutur bahasa-bahasa yang dimaksudkan kerana diiringi salah sangka bahawa bahasa minoriti berkenaan ketandusan kosa kata, tatabahasa atau kepentingan.