Ananda Krishnan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sedikit pembaharuan.
Baris 23:
'''Tatparanandam Ananda Krishnan''' (lahir 1 April 1938) merupakan [[usahawan]] yang kedua terkaya di [[Malaysia]] serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut [http://www.forbes.com/static/bill2005/LIRYK1N.html?passListId=10&passYear=2005&passListType=Person&uniqueId=YK1N&datatype=Person Majalah Forbes (2005)]. Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya [[minyak]], penternakan kuda bibit (di [[Australia]]), [[perjudian]], studio kartun [[Hollywood]], [[telekomunikasi]], [[multimedia]], [[perkapalan]], [[tenaga]], dan [[harta tanah]]. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di [[Asia Tenggara]].
 
Pada tahun [[1985]], bersama Bob Geldof dari [[United Kingdom|Britain]], Ananda menjadi penaja konsert ''Band Aid'' yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan ''Live Aid'' ke [[Asia]] .Kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.
 
==Masa muda==
Dilahirkan di [[Brickfields]] yang merupakan "India Kecil" kepada [[Kuala Lumpur]], Ananda ialah anak kepada sebuah keluarga [[Tamil]] daripada [[Sri Lanka]]. Sewaktu kecil, beliau ialah seorang kanak-kanak yang gagap.
 
Ananda belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di [[Kuala Lumpur]] dan kemudiannya di [[Victoria Institution]], Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) daripada [[Universiti Melbourne]], Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada [[Universiti Harvard]], [[Amerika Syarikat]] pada tahun [[1964]]. Ananda pernah berkahwin dengan seorang puteri [[Thailand]] sewaktu muda lagi.