Rodzane bin Haji Mohamed: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 46:
===Era & Pasca Wings===
 
Selepas Gersang dibubarkan pada tahun 1990, beliau dipelawa oleh rakan sekolahnya Awie untuk menganggotai kumpulan Wings untuk menggantikan [[Azmi Hashim|Black]] yang menarik diri akibat perselisihan faham dengan pihak pengurusan Wings. Bersama Wings, Jojet telah merakamkan beberapa buah album seperti [[Jerangkung Dalam Almari]], Best Of Wings, [[Double Trouble]] (Bersama [[Search]]), [[Bazooka Penaka]] dan Wings & Superfreinds Part 1 & 2 sebelum mengikut jejak Awie untukyang keluar dari Wings atas masalah-masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan oleh beliau. Sesudah itu Jojet menjadi pemuzik (drum) undangan untuk lagu-lagu dan konsert solo [[Ahmad Azhar bin Othman|Awie]] dan kemudiannya menubuhkan kumpulan '''Dragon Malaya''' bersama Awie dan Kid pada tahun 2000 yang memuatkan 3 buah lagu di dalam album solo Awie berjudul [[Rentap]].
 
Selain bermain dram, beliau pernah berlakon dalam beberapa buah filem, antaranya ''[[Pemburu Bayang]]'', ''[[Putera (filem)|Putera]]'', ''[[Sembilu II|Sembilu 2]]'', ''[[Tragedi Oktober]]'', ''[[Merah (filem)|Merah]]'', ''[[Nafas Cinta]]'' dan ''[[Bara (filem)|Bara]]''. Jojet kemudiannya tidak lagi aktif di dalam bidang seni kerana ingin fokus sepenuh masa padaterhadap perniagaannya. Pada tahun 2010, beliau akhirnya kembali aktif bersama kumpulan Gersang. Sehingga kini ramai peminat masih berharap Jojet kembali aktif bersama Awie seperti dahulu.