Ekamatra (kugiran): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Faiz Nazir (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 23:
== Sejarah ==
 
Kumpulan Ekamatra telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh 6 orang anak muda yang berasal dari [[Kota Tinggi]], [[Johor]]. Ketika itu, '''Diamond Head''' digunapakai sebagai nama asal kumpulan tersebut di mana [[Shahrul Ekamatra|Shahrul]] (gitar utama), Nurul (gitar kedua), Eddie (keyboard) dan Pacai (bass) masih belajar di sekolah menengah lagi. Sementara itu, dua lagi anggotanya iaitu [[Rahmat Ekamatra|Rahmat]] (vokal) dan Rashib (dram) pula sudah berumur dalam lingkungan 20-an pada ketika itu.
 
Atas inisiatif daripada Cikgu Sallehudin, mereka kemudiannya disatukan untuk membentuk sebuah kugiran yang aktif membuat persembahan di daerah Kota Tinggi. Pada awalnya, mereka hanya bergiat aktif secara kecil-kecilan sahaja di majlis perkahwinan, di konsert mini dan di sekolah.
Baris 29:
Tidak lama selepas itu, mereka menyertai dua pertandingan rock yang dianjurkan di Johor iaitu ''Juara Rock Johor Tengah'' & ''Juara Rock Johor'', setiap satunya diadakan pada tahun 1986 & 1988. Berbekalkan bakat dan kemahiran yang ada, mereka kemudiannya dinobatkan sebagai juara dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Sebagai juara pertandingan Juara Rock Johor, mereka telah mendapat hadiah yang lumayan dan antaranya ialah kontrak rakaman daripada salah satu syarikat rakaman antarabangsa yang berpangkalan di Malaysia iaitu [[EMI Music Publishing Malaysia Sdn. Bhd.|EMI]].
 
Namun disebabkan kebanyakan anggotanya masih bersekolah lagi, proses rakaman album pertama ditangguhkan selama hampir 2 tahun. Dalam tempoh tersebut, Shahrul dan Nurul datang ke Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu untuk menyiapkan rakaman lagu-lagu yang bakal dimasukkan ke dalam album pertama mereka. Pada masa yang sama, Cikgu Sallehudin telah menukar nama kumpulan kepada '''''Ekamatra''''' yang berasal dari dua perkataan Sanskrit iaitu '''''Eka''''' yang bermaksud ''satu'' dan '''''Matra''''' yang bermaksud ''dimensi'', ''perjalanan'' atau ''tekanan''. Dengan penggunaan Ekamatra sebagai nama baharu, maka terhasillah album pertama berjudul '''Satu Tekanan Irama''' yang dikeluarkan pada tahun 1989.
 
[[Fail:Ekamatra2.jpg|thumb|Anggota asal Ekamatra]]
Baris 64:
 
== Anugerah dan pencapaian ==
Album '''Satu Tekanan Irama''' telah terjual melebihi 150,000 unit iaitu satu pencapaian yang cukup baik bagi sebuah kumpulan rock baru pada waktu itu. Kejayaan ini melayakkan Ekamatra menerima anugerah cakera platinum berkembar tiga.
 
Kejayaan tertinggi Ekamatra dalam dunia muzik ialah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir [[Anugerah Juara Lagu ke-5|Anugerah Juara Lagu 1990]] dengan dua buah lagu iaitu '''Sentuhan Kecundang''' dan '''Pusara Di Lebuhraya'''. Bagaimanapun, rezeki kemenangan tidak berpihak kepada kedua-dua lagu tersebut.
 
[[Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1990]] yang berlangsung pada awal tahun 1991 telah menyenaraikan Ekamatra sebagai salah satu finalis Top 5 kategori [[Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (ABPBH)|Penyanyi Berkumpulan Popular]]. Kategori tersebut dimenangi oleh kumpulan [[Iklim (kugiran)|Iklim]].
Baris 75:
* Shahrul dan Nurul juga merupakan anak kepada pasangan berdarah seni yang sama-sama menganggotai kumpulan muzik 60-an, [[Kumpulan De' Fictions|De' Fictions]] iaitu Salilholdin atau S. Dina (gitaris) dan [[A. Nandong]] (vokalis).
* Salilholdin yang juga seorang guru, merupakan orang yang banyak berjasa dalam kumpulan ini di mana beliau sendiri telah memberi nama ''Ekamatra'' untuk menggantikan nama asal iaitu ''Diamond Head''. Beliau jugalah yang memperkenalkan Ekamatra ke dunia muzik selain menjadi pengurus kumpulan ini.
* Shahrul, Nurul dan Pacai telah membentuk kumpulan yang dinamakan '''Eka''' dan menghasilkan sebuah album berjudul '''Kelahiran''' pada tahun 1992. Bagaimanapun, kumpulan ini juga tidak dapat bertahan lama dan akhirnya kesemua mereka membawa haluan masing-masing.
* [[Rahmat Ekamatra|Rahmat]] telah menubuhkan kumpulan muzik baharu yang diberi nama '''RAHMAT''' pada tahun 1991. Lagu hitsnya, ''Rajuk'' dan ''Menanti Kasih Di Hujung Hari'' telah melonjakkan nama Rahmat di persada muzik tempatan setelah meninggalkan Ekamatra. Malangnya, kumpulan ini terpaksa dibubarkan selepas album yang berjudul ''RAHMAT'' dikeluarkan dan beliau kemudiannya meneruskan kerjaya secara solo. Kini, nama beliau terpahat sebagai salah seorang penyanyi lelaki terbaik Malaysia dalam genre balada dan pop rock.
* Shahrul, Eddie dan Pacai juga meneruskan karier dalam bidang muzik. Mereka kini merupakan antara pemuzik handalan yang berpengalaman serta seringkali menjadi pilihan penyanyi-penyanyi ternama untuk mengiringi persembahan pentas. Mereka juga kerap menjadi ''sessionist'' dan juga penggubah lagu.
* Shahrul pernah menghasilkan sebuah album solo gitar bertajuk '''Transfigurasi''' pada tahun 1995. Beliau juga kerap mengendalikan kelas-kelas untuk peminat yang ingin mempelajari teknik bermain gitar.
* Eddie Ahmad kemudiannya menganggotai kumpulan pop rock terkenal Malaysia, [[Kumpulan Slam|Slam]] dalam album studio kedua mereka yang berjudul ''[[Kesan Terbukti]]'' pada tahun 1994. Hal ini disebabkan [[Shah Nizam bin Halim|Shah]] menyedari bahawa lagu-lagu Slam memerlukan penggunaan keyboard dan beliau ditugaskan sebagai pemuzik undangan pada ketika itu. Selepas kejayaan album tersebut, barulah Eddie diserap sebagai anggota tetap Slam.
* Eddie juga merupakan salah seorang ''sessionist'' tetap bersama 2 orang bekas anggota kumpulan '''[[Bloodshed]]''', '''Opie''' & '''Rawita''' yang membantu kumpulan [[Kumpulan Fotograf|Fotograf]] dalam penghasilan lagu-lagu mereka bermula dari album ketiga pada tahun 1994. Ini disebabkan Fotograf hanya tinggal 3 orang anggota sahaja iaitu '''Shamrin (vokal)''', '''Almi (gitar)''' & '''Ringgo (dram)''' berikutan krisis dalaman yang menyebabkan dua anggotanya iaitu '''Shahrul@Abul (gitar utama)''' & '''Said (bass)''' meninggalkan kumpulan tersebut.
* Pacai kini antara komposer dan penggubah lagu terkenal tanahair. Beliau juga kerap diberi tugas menggarap album runut bunyi untuk filem-filem tempatan.
* Acid kini banyak menerima undangan untuk memberi ceramah agama dengan menggunakan nama '''Rashib Rasta''' dan sering menceritakan pengalamannnya ketika bersama kumpulan Ekamatra. Selain itu, beliau juga kerap mengadakan ''busking'' di sekitar Kuala Lumpur.
* Ketika Ekamatra mara ke pertandingan akhir [[Anugerah Juara Lagu 1990|Juara Lagu '90]], Rahmat tidak bersama mereka untuk membuat persembahan pada malam itu. Tempat Rahmat kemudiannya digalas oleh Halim yang merupakan adik kepada Ayai, vokalis [[kumpulan Ilussi]]. Halim dibawa khas dari Johor Bahru ketika anugerah tersebut bakal berlangsung sehari sahaja lagi.