Bloodshed: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Polar (bincang | sumb.)
Baris 28:
 
== Album Kedua : Samarkand ==
Kerjaya kumpulan Bloodshed diteruskan pada tahun [[1988]] menerusi album kedua yang diterbitkan oleh [[M. Nasir]] dengan judul ''Samarkand''. Dalam album ini, kumpulan ini mengalami perubahan anggota di mana pemain gitar utamanya, Hamdan Yusof meninggalkan Bloodshed dan digantikan oleh Mohd Saufi Ghazalie, seorang pemain gitar tangan kiri yang lebih dikenali sebagai '''Opie'''. Opie merupakan bekas anggota kumpulan [[Kumpulan Scandals|Scandals]] yang juga dianggotai oleh [[Joe Wings|Joe]] (juga gitaris kidal) yang kemudiannya menganggotai kumpulan [[Kumpulan Wings, Malaysia|Wings]].
 
Kemasukan Opie menambahkan lagi sengat dalam Bloodshed apabila album yang memuatkan lagu berhantu '''Srikandi Cintaku''' ciptaan M. Nasir dan lirik oleh Nasir Jani meletup di pasaran apabila mencatatkan jualan yang membanggakan. Lagu ini juga berjaya menduduki takhta Lagu Pujaan 10 Nescafe selama beberapa minggu. Lagu-lagu lain dalam album ini yang mendapat sambutan ialah '''Samarkand''', '''Tangisan Salju Di Khatulistiwa''' dan '''Tanah, Air, Api Dan Angin'''.
 
== Pertukaran Vokalis, Penggunaan Nama Blackshed Dan Album Villa Misteri ==
Baris 62:
# Hamdan Ahmad - Dram
 
Dalam album ketiga berjudul ''Villa Misteri'', dua daripada lima anggotanya iaitu Rosdan (vokal) dan Judy (keyboard) telah keluar dan hal ini menyebabkan kumpulan ini menukar namanya kepada '''Blackshed'''. Tempat Rosdan dan Judy telah digantikan oleh Farid (vokal) dan Zaha (keyboard).
 
Line-up dalam album ''Ilusi Sebuah Mimpi'' :