Papa Nak Menantu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sixday7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Sixday7 (bincang | sumb.)
Baris 40:
 
==Sinopsis==
Kisah Pak Saad ([[Aman Graseka]]) yang mahukan anak tunggalnya, Syahirah ([[Jaja Iliyes]]) mencarikannya menantu sebelum dia sebelum dia berusia 50 tahun dek kerana sikap anaknya itu seorang yang kasar, pemalas, keras kepala dan sukar untuk dikawal. Dalam masa yng sama, Pak Saad mengugut Syahirah jika hasratnya tidak ditunaikan maka anaknya itu akan dikahwinkan dengan Pak Mat Tempe ([[Fendi Sman]]) yang sudah berusia 55 tahun.
Bila Pak Saad naik hantu, terus dia nak menantu! Walau apa pun yang terjadi, dia mahu satu-satu anak tunggalnya carikan dia menantu sebelum atau selewat-lewatnya pada hari lahirnya yang ke 50 tahun. Dia dah tak tahan dengan sikap anaknya yang kasar, keras kepala dan pemalas mengalahkan kambing gurun! Dia berharap, bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya.
 
Teryata ugutan itu menakutkan Syahirah. Bermula saat itu, dia tertungkus lumus mencari calon suami seperti yang dipinta oleh ayahnya. Pencariannya itu turut dibantu oleh rakan baiknya Syakir dan Nabila. Namun dalam pencarian tersebut, pelbagai perkara yang berlaku sehingga dia bertemu dengan Azrin Aidil seorang jurulatih di gim yang akhirnya membuat dia benar-benar jatuh cinta.
Syahirah terkejut. Permintaan abahnya itu memang klise! Tapi, demi mengelak dia dikahwinkan dengan Pak Mat jual tempe yang sudah berusia 55 tahun itu, dia terpaksa mencari bakal suami pilihannya sendiri. Dia tak sanggup bersuamikan lelaki tua yang sudah ada cicit. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya.
 
Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yang sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam pun ada! Pening! Semuanya, rejected!
Dia hampir berputus asa. Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dengan lelaki kelapan, Azrin Aidil si badan ketak-ketak. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yang Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yang muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?
 
“Memandangkan kau memang tahap malas nak kerja, abah nak kau cari suami. Kahwin! Biar suami kau ajar kau sikit erti sebuah kehidupan. Abah dah letih. Abah nak menantu sebelum usia abah 50 tahun!” – '''Pak Saad'''
 
“Aku ni kalau boleh, nak lelaki yang boleh terima aku seadanya. Sanggup terima aku yang kasar ni. Kau ingat tak penat, nak jadi lemah gemalai? Tu bukan diri aku. Aku tak suka hipokrit.’ – '''Syahirah'''
 
“Tengok situasi. Buat masa ni aku masih belum jumpa lagi wanita yang aku cari. Nak cari kekasih hati ni, mana boleh dalam sekelip mata. Kenalah perlahan-lahan. Biasanya, benda yang kita dapat dalam sekelip mata ni, boleh hilang dalam sekelip mata jugak.” – '''Azrin Aidil'''
 
“Saya faham situasi awak. Dalam masa sejam, kita boleh jatuh cinta pada seseorang tu. Tapi, untuk melupakan orang yang kita jatuh cinta dalam masa sejam tu, memerlukan masa berbulan-bulan, bahkan ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk kita lupakan dia.” – '''Nazim'''
 
==Pelakon dan watak==