Pentaksiran Tingkatan Tiga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Menggantikan mengosongkan Suntingan visual
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.78.125.1 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 2001:D08:D7:527:2B5:D0FF:FE68:F2B5
Teg: Undur
Baris 1:
'''Pentaksiran Tingkatan Tiga''' ([[tulisan Jawi|Jawi]]:''' ڤنتکسيرن تيڠکتن تيݢ '''), atau diperkenalkan dengan nama singkatannya '''PT3''', merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah.<ref>http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=527</ref> PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan [[Penilaian Menengah Rendah]] yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan. Namun, Pentaksiran Tingkatan Tiga diumumkan dalam keadaan yang agak tergesa, iaitu dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran itu dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2014 bermula bulan Julai sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama.<ref>http://www.beritasemasa.com.my/ujian-peperiksaan-pt3-tingkatan-3-2014</ref><ref>http://www.beritasemasa.com.my/pentaksiran-pt3-tingkatan-2014</ref>

Terdapat empat ujian yang hendak dilakukan oleh calon-calon iaitu '''kajian kes''' untuk mata pelajaran ''Geografi dan Sejarah'', ujian '''lisan bertutur dan ujian mendengar''' untuk ''Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu'', serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.
Pengumuman keputusan Peperiksaan PT3 2018 akan diumumkan pada Disember 13 2018.Setiap calon PT3 2018 boleh mendapatkan keputusan PT3 di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

==Sejarah==

[[Pentaksiran Berasaskan Sekolah]] telah diperkenalkan untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. Namun begitu, ramai guru-guru yang terlibat berasa tidak puas hati terhadap sistem yang dilaksanakan oleh [[Kementerian Pelajaran Malaysia]]. Pelbagai aduan berhubung SPPBS telah disuarakan oleh para guru sejak ia mula dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ada di antara warga pendidik yang menggunakan kemahiran audiovisual memuat turun klip video berhubung SPPBS di laman Youtube. Antara rungutan yang kerap dikemukakan adalah jalur lebar laman KPM yang terhad mengakibatkan sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk diakses ratusan ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. <ref>http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/23466--warga-guru-bantah-sppbs-di-laman-sosial</ref>

Selain itu juga, sebelum Pentaksiran Tingkatan 3 disahkan sebagai pengganti PMR, terdapat beberapa peperiksaan yang dicadangkan oleh kerajaan, seperti '''Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah''' (PBSMR) dan '''Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah''' (PPMR). <ref>http://www.cikguhailmi.com/2013/12/ppmr-ganti-pmr-bukan-pbsmr.html</ref> Hal ini telah menyebabkan ramai dari kalangan murid, ibu bapa beserta guru berasa keliru terhadap cara penilaian akhir yang akan dilaksanakan.

Sehubungan dengan insiden yang berlaku, kerajaan mengakui bahawa [[Pentaksiran Berasaskan Sekolah]] mempunyai pelbagai kelemahan. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh mengakui wujudnya kelemahan dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan di sekolah-sekolah pada 2011 telah membebankan golongan pendidik selain daripada tugas mengajar di bilih darjah. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan pelaksanaan PBS itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa supaya guru tidak tertekan dengan tambahan tugas terbabit menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan kerjaya terbabit.<ref>http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-akui-kelemahan-bukan-niat-bebankan-guru-1.200617</ref>

Dalam bulan Februari 2014, kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem PBS sehingga ke tarikh yang diberitahu. Kementerian mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru.<ref>http://www.sinarharian.com.my/nasional/guru-tak-perlu-teruskan-pbs-sehingga-diberitahu-1.253840</ref>

Akhirnya, pada bulan April, kerajaan mengumumkan pelaksanaan sistem PBS yang baharu dengan penilaian akhir menengah rendah yang bernama Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Menurut [[Tan Sri Muhyiddin Yassin]] selaku [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]] merangkap [[Menteri Pelajaran Malaysia|Menteri Pendidikan I]], Sistem PBS baru yang akan dilaksana bermula 1 April ini akan mengurangkan beban guru sehingga 80 peratus.<ref>http://www.malaysiakini.com/news/257444</ref> Selepas beberapa minggu kemudian, Ujian PT3 yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mula mendapat respons positif orang ramai sejak dilaksanakan pada 1 Julai lepas. Menurut Datuk Mary Yap Kain Ching selaku Timbalan Menteri Pendidikan I, walaupun pada peringkat awal ia membebankan guru dan pelajar, namun setelah dilaksanakan, mereka mendapati ujian berkenaan begitu menyeronokkan dan memberi banyak faedah di mana pelajar lebih cenderung menggunakan internet untuk mencari bahan berbanding hanya menggunakan buku teks sebagai rujukan seperti sebelum ini.<ref>http://www.sinarharian.com.my/nasional/ujian-pt3-dapat-respons-positif-orang-ramai-1.298343</ref>

Berdasarkan PT3, pelajar Tingkatan 3 akan dinilai berdasarkan 4 jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang.<ref>http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0622&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm</ref>

== Gred penilaian ==

Pelaporan Pencapaian Murid bagi PT3 adalah dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F dengan tafsiran seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

|- style="white-space:nowrap;"
!style="background: #e3e3e3;"| Gred
!style="background: #e3e3e3;"| Tafsiran Gred
!style="background: #e3e3e3;"| Julat Markah

| style="text-align:center;"| A
| style="text-align:center;" | Cemerlang
| style="text-align:center;" | 85 – 100

| style="text-align:center;"| B
| style="text-align:center;" | Kepujian
| style="text-align:center;" | 70 – 84

| style="text-align:center;"| C
| style="text-align:center;" | Baik
| style="text-align:center;" | 60 – 69

| style="text-align:center;"| D
| style="text-align:center;"| Memuaskan
| style="text-align:center;"| 50 – 59

| style="text-align:center;"| E
| style="text-align:center;"| Mencapai tahap minimum
| style="text-align:center;"| 40 – 49

| style="text-align:center;"| F
| style="text-align:center;"| Belum mencapai tahap minimum
| style="text-align:center;"| 1 – 39

== Susunan tarikh pelaksanaan ==
Pelaksanaan PT3 dijalankan secara berperingkat seperti jadual berikut<ref>http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=527</ref>:

{| class="wikitable"

|- style="white-space:nowrap;"
!colspan="3" style="background: #e3e3e3;"| Tarikh
!rowspan="2" style="background: #e3e3e3;"| Jenis Instrumen
!rowspan="2" style="background: #e3e3e3;"| Mata Pelajaran

|style="background: #e3e3e3;text-align:center;"| 2014
|style="background: #e3e3e3;text-align:center;"| 2015
|style="background: #e3e3e3;text-align:center;"| 2016

| style="text-align:center;" | 1 – 18 Julai
| style="text-align:center;" |21 Jun — 9 Julai
| style="text-align:center;" |19 Jun — 29 Julai
| style="text-align:center;" | Kajian Kes
| style="text-align:center;" | Sejarah

Geografi

| style="text-align:center;" | 6 – 29 Ogos
| style="text-align:center;" |4 — 28 Ogos
| style="text-align:center;" |1 — 30 Ogos
| style="text-align:center;" | Ujian Lisan Bertutur
| style="text-align:center;" | Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

| style="text-align:center;" | 12 Ogos
| style="text-align:center;" |11 Ogos
| style="text-align:center;" | 9 Ogos
| style="text-align:center;" | Ujian Mendengar
| style="text-align:center;" | Bahasa Melayu

| style="text-align:center;" | 13 Ogos
| style="text-align:center;" |12 Ogos
| style="text-align:center;" |10 Ogos
| style="text-align:center;"| Ujian Mendengar
| style="text-align:center;" | Bahasa Inggeris

| style="text-align:center;" | -
| style="text-align:center;" | -
| style="text-align:center;" | 21– 26 Ogos
| style="text-align:center;" | Ujian Lisan Hafazan
| style="text-align:center;" | Hifz Al-Quran

| style="text-align:center;" | -
| style="text-align:center;" | -
| style="text-align:center;" | 21– 26 Ogos
| style="text-align:center;" | Ujian Lisan Tilawah
| style="text-align:center;" | Maharat Al-Quran

| style="text-align:center;" | 13 – 16 Oktober
| style="text-align:center;" | 12 – 15 Oktober
| style="text-align:center;" |10 – 13 Oktober
| style="text-align:center;" | Ujian Bertulis
| style="text-align:center;" | Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Mathematics

Science

Pendidikan Islam

Kemahiran Hidup Bersepadu

Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Bahasa Arab

Bahasa Iban

Bahasa Kadazandusun

==Mata pelajaran yang diduduki oleh calon-calon ==
[[Fail:PT3 (1).jpg|kiri|405x405px]]Mata pelajaran yang ditaksir dalam PT3 adalah seperti berikut:
* Bahasa Melayu
* Bahasa Inggeris
* Sejarah
* Geografi
* Matematik
* Sains
* Pendidikan Islam
* 4 pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu:
** KHB Teknikal
** KHB Ekonomi Rumah Tangga
** KHB Perdagangan
** KHB Pertanian

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Perdagangan dan Pertanian akan digantikan dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dan Asas Sains Komputer bermula tahun 2019.

== Statistik dan reaksi ==
Pentaksiran PT3 telah menerima pelbagai respons daripada pelbagai pihak. Pada peperiksaan sulung PT3 tahun 2014, tiada data rasmi dikeluarkan daripada Kementerian Pendidikan mengenai PT3 tahun ini berbanding peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). <ref>http://www.astroawani.com/news/show/keputusan-pt3-terima-reaksi-pelbagai-pihak-50768</ref> Kebanyakan sekolah ternama pula mencatatkan kemerosotan mendadak jumlah pelajar yang mencatat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil di negara ini. Mengikut statistik yang dikemukakan oleh pihak wartawan, seramai 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, Kemaman mendapat keputusan cemerlang 11A dan 10A bagi PT3 mereka, manakala di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, hanya 22 daripada 123 pelajarnya mendapat keputusan 7A ke atas. <ref name=":0">http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/23/pt3-catat-kemerosotan-mendadak-pelajar-cemerlang/</ref> Respon yang sama juga telah didapati di sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah yang kluster. Namun hasil sulung PT3 yang dilaksanakan tahun ini menyaksikan keputusan mengejutkan dengan beberapa sekolah di luar bandar mencatatkan keputusan semua A dalam semua mata pelajaran. <ref name=":0" />

Ramai ibu bapa dan guru-guru sekolah memberikan pandangan mereka bahawa PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir.<ref name=":1">http://www.sinarharian.com.my/nasional/pt3-kelam-kabut-perlukah-ia-dikekalkan-1.343992</ref> Menurut Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, beliau menyifatkan format peperiksaan PT3 bersifat ''ad hoc'' (sementara), diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi. Menurutnya lagi, ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah, tidak guru dari sekolah atau negeri lain, dan mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh.<ref name=":1" /> Beliau mencadangkan agar membuat tinjauan secara jujur, dan mengambil cadangan dari kalangan guru dan ibu bapa.

Sesetengah ibu bapa pula merasakan ada keperluan untuk memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan PT3 terlebih dahulu. Mereka juga menganggap bahawa adalah tidak wajar menyalahkan sepenuhnya pihak-pihak tertentu berhubung keputusan berkenaan.<ref>http://news.abnxcess.com/bm/2014/12/beri-peluang-lebih-lama-pelaksanaan-pt3/</ref>

Untuk membolehkan ibu bapa serta pelajar lebih memahami pelaksanaan peperiksaan itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hasan menyarankan agar Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan buku garis panduan lengkap yang mengandungi maklumat terperinci berkaitan ujian PT3. Menurutnya lagi, antara kandungan yang perlu dinyatakan dalam buku berkenaan ialah mengenai kaedah penilaian dan pentaksiran PT3 dilaksanakan.<ref>http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsperspectives.php?id=1103708</ref>

==Rujukan==
{{Reflist}}

{{Pendidikan di Malaysia}}
[[Kategori: Pendidikan di Malaysia]]
[[Kategori: Peperiksaan di Malaysia]]