Zeti Akhtar Aziz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 56:
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
 
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk [[Ahmad Mohd Don]] mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
 
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional BhdBerhad dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah [[Khazanah Nasional|Khazanah Nasional Bhd]] sejak tahun 2004.
 
Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/161972 "Zeti dilantik semula Gabenor Bank Negara", Malaysiakini.com, 20 April 2011]</ref>