Copa América: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12:
Piala Amerika atau '''Copa América''' merupakan kejohanan utama [[bolasepak]] yang diikuti oleh negara-negara [[CONMEBOL]] iaitu [[Brazil]], [[Argentina]], [[Uruguay]], [[Paraguay]], [[Chile]], [[Peru]], [[Ecuador]], [[Bolivia]], [[Colombia]] dan [[Venezuela]]. Kejohanan ini umumnya diadakan setiap dua tahun sekali.
 
Format terkini kejohanan ini melibatkan 12 pasukan negara bertanding di dalam sesebuah negara tuan rumah yang dipilih mengikut abjad. Disebabkan [[CONMEBOL]] hanya mempunyai 10 buah negara di bawah naungannya, dua buah pasukan daripada naungan lain akan dijemput untuk memenuhkan kriteria 12 buah pasukan. Mexico (negara naungan [[CONCACAF]]) adalah pasukan jemputan pertama yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini pada tahun 1993 dan telah menyertai kejohanan ini untuk setiap edisi (sehingga sekarang), dengan satu lagi pasukan tambahan yang diambil dari konfederasi yang sama, kecuali untuk 1999, [[Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun|Jepun]], (negara dari konfederasi [[Konfederasi Bola Sepak Asia|AFC]]) telah mengisi jadual 12 pasukan. [[Pasukan bola sepak kebangsaan Argentina|Argentina]] merupakan negara pertama yang menganjur kejohanan ini (pada tahun 1916) dan juga penganjur terbanyak iaitu 9 kali. Pasukan Uruguay merupakan pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini dengan 15 kali.
 
Sejak edisi pertama, hanya 8 pasukan sahaja yang pernah menjuarainya, manakala [[Pasukan bola sepak kebangsaan Ecuador|Ecuador]] dan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Venezuela|Venezuela]] tidak pernah menjadi juara. Pasukan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Uruguay|Uruguay]] merupakan pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini dengan 15 kali manakala juara bertahan, [[Pasukan bola sepak kebangsaan Chile|Chile]], menjuarainya sebanyak 2 kali.
 
== Sejarah ==