Perbezaan antara semakan "Sumpah perlembagaan jawatan di Malaysia"

 
===Ahli-ahli Parlimen===
Semua ahli-ahli Parlimen termasuk Yang di-Pertua Dewan dikehendaki mengangkat dan menandatangani di hadapan Dewan Rakyat sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam. Perkara 57 menetapkan bawa mana-mana orang yang bukan ahli Dewan Rakyat yang dipilih sebagai Yang di-Pertua hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Dewan Rakyat sumpah jawatan dan sumpah setia sebelum menjalankan tugas jawatannya. Perkara 59 pula menyatakan bahawa setiap ahli mana-mana satu Majlis Parlimen ([[Dewan Negara Malaysia|Dewan Negara]] atau [[Dewan Rakyat Malaysia|Dewan Rakyat]]) hendaklah mengangkat dan menandatangani suatu sumpah mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di hadapan orang yang mempengerusikan Majlis Parlimen itu, tetapi seseorang ahli boleh mengambil bahagian dalam pemilihan [[Yang di-Pertua Dewan Negara]] atau [[Yang di-Pertua Dewan Rakyat]] sebelum mengangkat sumpah itu.
<br />
 
Seorang Setiausaha Parlimen juga hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam [[#Lafaz sumpah|Jadual Keenam]].
 
===Hakim-hakim===
Sumpah jawatan bagi hakim-hakim telah diterangkan sepenuhnya dalam Perkara 124 iaitu sebelum menjalankan fungsi jawatannya, [[Ketua Hakim Negara Malaysia|Ketua Hakim Negara]] [[Mahkamah Persekutuan Malaysia|Mahkamah Persekutuan]] hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Hakim [[Mahkamah Persekutuan Malaysia|Mahkamah Persekutuan]], [[Mahkamah Rayuan Malaysia|Mahkamah Rayuan]] atau [[Mahkamah Tinggi Malaysia|Mahkamah Tinggi]] pula hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia berhubung dengan kewajipan kehakimannya dalam apa-apa jua jawatan.
 
Seseorang yang mengangkat sumpah menjadi Presiden Mahkamah Rayuan hendaklah berbuat demikian di hadapan hakim kanan Mahkamah Rayuan itu, manakala seseorang yang mengangkat sumpah menjadi Hakim Besar Mahkamah Tinggi hendaklah berbuat demikian di hadapan hakim kanan yang ada bagi Mahkamah Tinggi itu. Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pula hendaklah berbuat demikian di hadapan Ketua Hakim Negara atau, jika Ketua Hakim Negara tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah Persekutuan. Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim Mahkamah Rayuan hendaklah berbuat demikian di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan atau, jika Presiden Mahkamah Rayuan tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah Rayuan. Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim Mahkamah Tinggi (tetapi bukan Hakim Besar) hendaklah berbuat demikian di hadapan Hakim Besar Mahkamah itu atau, jika Hakim Besar tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah itu.
 
=== Suruhanjaya ===
Perkara 142 (6) juga menyebut bahawa seorang anggota mana-mana Suruhanjaya selain seorang anggota ''ex officio'' hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan di hadapan seorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi.
 
=== Lafaz sumpah ===
Jadual Keenam Perlembagaan mempunyai lafaz-lafaz sumpah bagi semua jawatan yang disebutkan di atas dan teksnya adalah seperti berikut:
Sumpah Jawatan dan Setia
 
Sumpah Jawatan dan Sumpah Setia
{{Quote|''“Saya, ............................................................, setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan ............................................................... dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu* dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.”''}}<blockquote>*{{Small|Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan (selain Ketua Hakim Negara), seorang hakim Mahkamah Rayuan atau seseorang hakim Mahkamah Tinggi atau seseorang pesuruhjaya kehakiman hendaklah menggantikan ganti perkataan “kewajipan-kewajipan jawatan itu” dengan perkataan “kewajipan-kewajipan kehakiman saya dalam jawatan itu”.}}</blockquote>Sumpah sebagai Ahli Parlimen dan Sumpah Setia
{{Quote|''“Saya, ........................................................................................, setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.”''}}
47,549

suntingan