Siti Muslihat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
==Ringkasan==
{{spoiler}}
Mengisahkan Siti ([[Saadiah]]) seorang yang bijak merupakan anak kepada Pak Ali ([[Ahmad Nisfu]]). Suatu hari, sahabat Pak Ali, Pak Andak ([[Shariff Dol]]) jatuh sakit kerana sudah uzur. Siti yang merawatnya. Semasa Siti sedang mengambil air bersih, Pak Andak ditemani pembantunya Pak Awang ([[Aziz Sattar]]). Pak Andak sebenarnya seorang Raja yang merahsiakan tujuan mengapa dia menyamar sebagai rakyat jelata. Pembantunya merupakan Memanda Menteri sentiasa mengingatkan agar baginda tidak melakukan kerja - kerja yang berat. Pak Ali pula tiba dirumah untuk membayar upah kepada Andak dan pembantunya tetapi ditolaknya upah tersebut. Andak pula memberikan sebentuk cincin emas kepada Siti sebagai menghargai jasa baiknya terhadap dirinya. Andak dan pembantunya berangkat meninggalkan kampung untuk kembali semula ke istana.
 
Sementara itu di istana pula, Khadam ([[Ibrahim Pendek]]) menyampaikan berita buruk dimana baginda sultan jatuh gering semasa dalam perjalanan pulang ke istana. Putera Mahkota ([[Ahmad Mahmud]]), amat merisaukan keadaan ayahandanya. Ayahandanya berbuat demikian kerana mahu mengetahui kehidupan rakyat jelata. Baginda menyampaikan amanat terakhirnya kepada Putera Mahkota sebelum baginda mangkat. Di mana dia menyuruh anakandanya mengikut jejak langkah baginda dan dia perlu mencari seorang perempuan yang banyak muslihatnya untuk dijadikan sebagai permaisuri.