Perbezaan antara semakan "Siti Muslihat"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Sementara itu di istana pula, Khadam ([[Ibrahim Pendek]]) menyampaikan berita buruk dimana baginda sultan jatuh gering semasa dalam perjalanan pulang ke istana. Putera Mahkota ([[Ahmad Mahmud]]), amat merisaukan keadaan ayahandanya. Ayahandanya berbuat demikian kerana mahu mengetahui kehidupan rakyat jelata. Baginda menyampaikan amanat terakhirnya kepada Putera Mahkota sebelum baginda mangkat. Di mana dia menyuruh anakandanya mengikut jejak langkah baginda dan dia perlu mencari seorang perempuan yang banyak muslihatnya untuk dijadikan sebagai permaisuri.
 
Selepas baginda dikebumikan, putera mahkota menaiki takhta sebagai raja yang baharu. Baginda mengarahkan Khadam dan Memanda Menteri mencari perempuan yang penuh muslihat untuk dijadikan isteri baginda. Selepas berfikir panjang, Raja akhirnya bersetuju untuk menyamar seperti arwah ayahnya dan pergi ke dalam kampung. Dengan nama samaran Khadam sebagai Pendek dan Raja sebagai Panjang. Disebabkan mereka pertama kali pergi ke kampung itu, Pendek telah mengganggu dengan sekumpulan gadis sunti dan seorang gadis yang hodoh yang bernama Salmah. Dek kerana itu, mereka ditangkap lalu disuruhnya bekerja di ladang oleh ayah kepada gadis tersebut (lakonan [[Nyong Ismail]]). Pendek menjelaskan tujuannya datang ke kampung ini. Dengan itu mereka dibenarkan untuk tinggal bersama pak cik tersebut. Pak cik tersebut menyuruh SalmahSalamah anaknya, memikat Panjang untuk dijadikan menantunya. Panjang dan Pendek tidak berkenan dengan SalmahSalamah. Mereka melarikan diri dan akhirnya mereka berjumpa juga dengan seorang gadis sunti yang manis rupawan yang sedang bergurindam. Hatinya sudah terpaut. Panjang seorang yang pemalu dan segan untuk bersua dengan perempuan (Siti) tersebut.
 
Ketika Pendek sedang mencari makanan, dia tiba di rumah Minah ([[Aini Jasmin]]) untuk mencuri makanan di dapur. Tetapi Minah telah menguncinya dari luar. Pendek tidak menghiraukannya. Akhirnya dia ditangkap sebelum meloloskan diri. Keadaan semakin kecoh, sehingga Siti masuk campur untuk menangkap pencuri tersebut. Siti berjaya menangkap Pendek, tetapi dia bersimpati dengannya. Pendek diberikan minum untuk menghilangkan dahaga. Panjang juga kebetulan ada disitu, mereka dihidangkan minuman teh berhampas. Panjang sudah mulai hairan dengan tingkah laku perempuan tersebut dan mengambil keputusan untuk kembali ke istana semula.
Pengguna awanama