Murut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azuru79 (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 2001:E68:443C:8AD0:616D:55AC:5500:8B06 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Ramblie
Teg: Undur
At bah kandungan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 4:
Tempat tinggal mereka termasuk [[Tenom]], [[Kemabong]], [[Pensiangan]], Tawau (Merotai dan Kalabakan), Tongod (Pinangah dan Inarad) dan [[Keningau]]. Dahulu mereka tinggal di dalam [[rumah panjang]] dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, memburu dan menangkap ikan di sungai. Mereka juga mejalankan memungut hasil hutan seperti(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang bekerja di perkhidmatan dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
 
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan, Beaufort dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung atau Tirong, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung, Murut Agabag atau Ahavah,Tanggara atau Tanggala, Kolor atau Kolod atau Akolod, Murut Nabai, Murut Gana atau Hana dan Murut Lundayeh<ref>[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DuniaunikLundayeh/Article/index Dunia unik Lundayeh ]</ref>/ Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti [[Lun Bawang|Lun Bawang/Lun Dayeh]]. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka. hi.
 
 
 
 
 
 
Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.