Koridor Raya Multimedia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Baris 2:
'''Koridor Raya Multimedia''' ([[bahasa Inggeris|Inggeris]]: Multimedia Super Coridor) ialah sebuah rancangan [[Kerajaan Malaysia|kerajaan]] ke arah kecanggihan [[teknologi maklumat]]. Ia secara asalnya melibatkan kawasan seluas 15x50km² bermula dari kawasan [[Menara Berkembar Petronas]] hingga ke [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]] dan turut melibatkan bandar [[Putrajaya]] dan [[Cyberjaya]]. Ia mengalami perubahan pada 7 Disember 2006 yang mana ia melibatkan kemasukan [[Pelabuhan Klang]] di dalam MSC.
 
Projek ini diumumkan oleh [[Mahathir bin Mohamad|Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad]] (kini Tun) semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.<ref>Jeong Chun Hai @Ibrahim, & Nor Fadzlina Nawi. (2007). ''Principles of Public Administration: An Introduction.'' Kuala Lumpur: Karisma Publications. {{ISBN|978-983-195-253-5}}</ref><ref>Jeong Chun Hai @Ibrahim. (2007). ''Fundamental of Development Administration.'' Selangor: Scholar Press. {{ISBN|978-967-5-04508-0}}</ref>
 
Dengan ukuran kira-kira 15 [[kilometer]] lebarnya dan 50 kilometer panjangnya, yakni seluas 750 kilometer persegi, zon ini terbentang dari [[Menara Kembar Petronas]] di utara ke [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]] (KLIA) di selatan dan merangkumi bandar-bandar [[Putrajaya]] dan [[Cyberjaya]].
Baris 8:
Juga dikenali sebagai "MSC" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan lain seperti [[internet]] yang laju dan lokasinya yang berkedekatan dengan [[lapangan terbang]] antarabangsa.
 
Lawatan Dr Mahathir ke [[Amerika Syarikat]] pada Januari 1997 untuk mempromosi MSC kepada syarikat-syarikat di sana telah berjaya menarik minat banyak syarikat gergasi teknologi maklumat. Pada lawatan itu, sebuah "Panel Penasihat Antarabangsa" yang terdiri daripada 30 orang [[ahli teknologi maklumat]] telah ditubuhkan untuk bertukar pendapat terhadap kejayaan MSC.
 
[[Perbadanan Pembangunan Multimedia]] (''Multimedia Development Corporation'') juga ditubuhkan semata-mata untuk menyelia perkembangan MSC.