Perbezaan antara semakan "Initial D"

1,738 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Iketani kemudiannya mengetahui daripada Yuuichi, pengurus stesen gas tempatnya bekerja, yang menyatakan kereta terpantas di jalan turun-bukit Akina merupakan sebuah AE86 berwarna panda hitam-putih milik seorang pembuat tofu. Iketani kemudiannya menemui kereta tersebut di sebuah kedai tofu tempatan, dan mengetahui bahawa pemilik kedai tersebut, Bunta Fujiwara merupakan seorang bekas pelumba jalanan dengan reputasi tinggi ketika usia mudanya. Iketani merayu kepada lelaki tua tersebut untuk menggantikan tempatnya berlumba dengan Red Suns, dan yakin bahawa Bunta akan datang untuk menyelamatkan keadaan. Bagaimanapun, apabila tiba waktu perlumbaan, Takumi muncul dengan kereta AE86 ayahnya. Walaupun agak ragu-ragu pada awalnya, Iketani akhirnya membenarkan Takumi berlumba setelah Takumi membuat pendedahan bahawa dialah "Hantu Pergunungan Akina", yang memintas Keisuke ketika menjalankan rutin menghantar tofu. Takumi kemudiannya menewaskan Keisuke Takahashi yang menggunakan kereta Mazda RX-7 FD3S, menyebabkan kejutan di kalangan komuniti pelumba tempatan dan mengakhiri rekod kemenangan Red Suns.
 
Awalnya langsung tidak berminat dalam perlumbaan, Takumi kemudiannya menaruh minat ketika dia menerima cabaran dari pelumba lain. Dia kemudiannya memahami konsep "maruah seorang pelumba" apabila rakan-rakannya menasihatinya agar menolak cabaran seorang pelumba dari Gunung Myougi yang mewakili pasukan Night Kids, Takeshi Nakazato yang menggunakan kereta Nissan Skyline R32 yang berkuasa dan berteknologi tinggi. Perlumbaan menentang seorang lagi pelumba Night Kids, Shingo Shouji merupakan perlumbaan peribadi buat Takumi kerana Shingo mencuba untuk merempuh Iketani dan memaksa rakan baiknya yang juga rakan sekerjanya Itsuki terlibat dalam kemalangan setelah tersilap sangka kereta Itsuki sama dengan kereta Takumi. Selepas perlumbaan yang menyaksikan kekalahan Shingo, Takumi kemudiannya berlumba dengan pasangan pemandu wanita daripada pasukan Impact Blue dari Gunung Usui, yang memandu Nissan Sileighty.
 
Setiap perlumbaan menunjukkan lawan Takumi menggunakan kereta yang jauh lebih berkuasa daripada AE86 miliknya, dan dalam perlumbaan menentang Shingo, iaitu "Perlumbaan Maut" yang mana tangan kanan kedua-dua pemandu dilekatkan pada stereng, format yang mengurangkan kemampuan untuk mengawal kereta. Teknik ini nyata memberi kelebihan kepada kereta Honda Civic EG-6 Shingo, yang merupakan kereta FR. Walaupun mengalami kesukaran untuk mengawal AE86nya, Takumi berjaya mencipta tekniknya sendiri dan memenangi perlumbaan itu. Shingo sebelumnya cuba merempuh kereta Takumi dalam percubaannya untuk mengakhiri perlumbaan dengan keputusan seri, namun AE86 Takumi memasuki selekoh lebih awal dan mengelak EG6, menyebabkannya merempuh penghadang jalan. Perlumbaan menentang Impact Blue adalah yang pertama buat Takumi di luar Akina.
 
{{Stub Anime}}
20

suntingan