Initial D: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syden (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Syden (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 101:
 
Setiap perlumbaan menunjukkan lawan Takumi menggunakan kereta yang jauh lebih berkuasa daripada AE86 miliknya, dan dalam perlumbaan menentang Shingo, iaitu "Perlumbaan Maut" yang mana tangan kanan kedua-dua pemandu dilekatkan pada stereng, format yang mengurangkan kemampuan untuk mengawal kereta. Teknik ini nyata memberi kelebihan kepada kereta Honda Civic EG-6 Shingo, yang merupakan kereta FR. Walaupun mengalami kesukaran untuk mengawal AE86nya, Takumi berjaya mencipta tekniknya sendiri dan memenangi perlumbaan itu. Shingo sebelumnya cuba merempuh kereta Takumi dalam percubaannya untuk mengakhiri perlumbaan dengan keputusan seri, namun AE86 Takumi memasuki selekoh lebih awal dan mengelak EG6, menyebabkannya merempuh penghadang jalan. Perlumbaan menentang Impact Blue adalah yang pertama buat Takumi di luar Akina.
 
Perlumbaan dalam hujan pertama Takumi adalah menentang Kenta Nakamura daripada Red Suns, yang memandu Nissan Silvia S14 di Myougi setelah perlumbaan antara Keisuke dan Nakazato. Perlumbaan sebelumnya berlangsung sebelum hujan turun, dengan Nakazato mendahului Keisuke hinggalah tayar keretanya kehilangan cengkaman, memberikan ruang buat Keisuke memintas dan memenangi perlumbaan. Setelah itu, Kenta kemudiannya mencabar Takumi untuk berlumba dalam hujan, dan ini diterima olehnya. Kenta, yang mempunyai kereta yang lebih berkuasa, mendahului ketika perlumbaan mendaki bukit namun dipintas oleh Takumi ketika menuruni bukit, yang meninggalkannya dengan jarak yang jauh. Ini merupakan antara perlumbaan termudah Takumi, yang berpengalaman memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.
 
Abang kepada Keisuke, Ryosuke Takahashi, yang merupakan ketua kepada Red Suns, merangka strategi yang disifatkannya sebagai "strategi sempurna" untuk menewaskan Takumi, berpandukan kepada simulasi komputer yang diciptanya. Ryosuke, yang merupakan pelumba popular dengan gelaran "Komet Putih Akagi" kerana menggunakan kereta Mazda RX-7 Savanna FC3S berwarna putih, mencabar Takumi di Akina. Namun, beliau tewas setelah dipintas oleh Takumi di antara selekoh terakhir Akina sebelum garisan penamat. Ryosuke mengakui bahawa Takumi lebih pantas daripadanya, dan menasihatinya supaya tidak terlalu berpuas hati dengan cabaran di Akina dan menempuhi cabaran lain yang lebih getir.
 
{{Stub Anime}}