Dwilapisan lipid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'right|thumb|300px|Keratan rentas dwilapisan [[lipid bendalir ini terdiri sepenuhnya daripada fosfatidilkolina.]] '''D...'
 
Fosfolipid
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
[[Fail:LipidfosfoLipid bilayer section.gif|right|thumb|300px|Keratan rentas dwilapisan [[lipid]] bendalir ini terdiri sepenuhnya daripada [[fosfatidilkolina]].]]
'''Dwilapisan lipid''' ialah satu lapisan [[membran berkutub]] nipis yang terdiri daripada dua lapisan [[molekul]] [[lipid]]. Membran-membran ini adalah helaian-helaian rata yang membentuk penghadang berterusan di sekeliling [[sel (biologi)|sel]]. [[Membran sel]] hampir setiap [[kehidupan|organisma hidup]] dan banyak jenis [[virus]], serta membran yang menyelubungi [[nukleus sel]] dan struktur sub-selular lain dibentuk oleh satu lapisan dwilapisan lipid. Dwilapisan lipid ialah penghadang yang mengekalkan [[ion|ion-ion]], [[protein|protein-protein]] dan molekul-molekul lain di mana ia diperlukan dan menghalangnya daripada membaur ke kawasan lain di mana ia tidak diperlukan. Dwilapisan lipid sangat sesuai untuk memainkan peranan ini kerana meskipun ia hanya beberapa [[nanometer]] lebar, ia tidak dapat ditembusi oleh kebanyakan molekul yang boleh larut dalam air ([[hidrofilik]]). Tambahan lagi, dwilapisan tidak dapat ditembusi oleh ion-ion, lantas membenarkan sel-sel untuk mengawal kepekatan garam dan tahap [[pH]] dengan mengepam ion merentasi membrannya menggunakan protein-protein yang dinamakan [[pam ion]].