Dwilapisan lipid: Perbezaan antara semakan

Reverted 2 edits by 115.164.208.148 (talk) to last revision by SyahirSQRT2. (TW)
fosfolipid
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Reverted 2 edits by 115.164.208.148 (talk) to last revision by SyahirSQRT2. (TW)
Teg: Buat asal
 
Baris 1:
[[Fail:fosfoLipidLipid bilayer section.gif|right|thumb|300px|Keratan rentas dwilapisan [[lipid]] bendalir ini terdiri sepenuhnya daripada [[fosfatidilkolina]].]]
'''Dwilapisan fosfolipidlipid''' ialah satu lapisan [[membran berkutub]] nipis yang terdiri daripada dua lapisan [[molekul]] [[lipid]]. Membran-membran ini adalah helaian-helaian rata yang membentuk penghadang berterusan di sekeliling [[sel (biologi)|sel]]. [[Membran sel]] hampir setiap [[kehidupan|organisma hidup]] dan banyak jenis [[virus]], serta membran yang menyelubungi [[nukleus sel]] dan struktur sub-selular lain dibentuk oleh satu lapisan dwilapisan lipid. Dwilapisan lipid ialah penghadang yang mengekalkan [[ion|ion-ion]], [[protein|protein-protein]] dan molekul-molekul lain di mana ia diperlukan dan menghalangnya daripada membaur ke kawasan lain di mana ia tidak diperlukan. Dwilapisan lipid sangat sesuai untuk memainkan peranan ini kerana meskipun ia hanya beberapa [[nanometer]] lebar, ia tidak dapat ditembusi oleh kebanyakan molekul yang boleh larut dalam air ([[hidrofilik]]). Tambahan lagi, dwilapisan tidak dapat ditembusi oleh ion-ion, lantas membenarkan sel-sel untuk mengawal kepekatan garam dan tahap [[pH]] dengan mengepam ion merentasi membrannya menggunakan protein-protein yang dinamakan [[pam ion]].
 
Dwilapisan semula jadi biasanya terdiri daripada [[fosfolipid]] yang mempunyai satu kepala hidrofilik dan dua ekor [[hidrofobik]] di setiap molekul. Apabila fosfolipid didedahkan kepada air, ia bersusun membentuk helaian dua lapisan (satu dwilapisan) dengan setiap ekor molekul menghala ke arah tengah helaian ini. Bahagian tengah dwilapisan ini hampir tidak mempunyai air dan mengeluarkan molekul-molekul seperti [[gula]] dan garam yang boleh larut dalam air tapi tidak dalam minyak. Proses pemasangan ini hampir serupa dengan proses tautan titisan minyak dalam air dan didorong oleh daya yang sama, yang dinamakan [[kesan hidrofobik]]. Oleh sebab dwilapisan lipid agak rapuh dan sangat nipis sehinggakan ia tidak dapat dilihat menggunakan mikroskop tradisional, dwilapisan amat sukar untuk dikaji. Eksperimen ke atas dwilapisan selalunya memerlukan teknik-teknik yang canggih seperti [[mikroskopi elektron]] dan [[mikroskopi daya atom]].