COMANGO: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''COMANGO''', atau '''''Pakatan NGO Malaysia Di Dalam Proses UPR''''' ditubuhkan oleh organisasi liberal masyarakat sivil pada tahun 2008 untuk melibatkan diri di dalam [[Semakan Berkala Sejagat|Penilaian Berkala Sejagat]] oleh [[Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu]]. COMANGO ialah pakatan masyarakat sivil yang terbesar dalam jenisnya di dalam proses UPR, merangkumi sebanyak 50 buah organisasi. COMANGO diselaraskan oleh dua organisasi hak asasi manusia, iaitu [[Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor]] (EMPOWER) dan [[Suara Rakyat Malaysia]] (SUARAM).<ref>[https://uprmalaysia.com/about-comango/ About COMANGO - Laman web rasmi The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO)]</ref>. Menurut suatu kenyataan daripada [[Ikatan Muslimin Malaysia]], hanya 12 daripada kesemua 54 NGO dalam gabungan Comango yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.<ref>[http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ngo-islam-dedah-dalang-di-belakang-comango-antaranya-ambiga-dan-marina-maha NGO Islam dedah dalang Comango, antaranya Ambiga dan Marina Mahathir.]</ref> Hal ini disahkan oleh [[Kementerian Dalam Negeri Malaysia]] bahawa Comango adalah sebuah gabungan pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).<ref>[http://www.sinarharian.com.my/semasa/comango-gabungan-pertubuhan-tidak-berdaftar-1.238461 Comango gabungan pertubuhan tidak berdaftar. Sinar Harian]</ref><ref>[http://www.hmetro.com.my/articles/COMANGOpertubuhantidakberdaftar-KDN/Article?mutakhir COMANGO pertubuhan tidak berdaftar - KDN - Harian Metro]</ref><ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140109/dn_02/Comango-tidak-berdaftar---KDN Comango tidak berdaftar - KDN. - Utusan]</ref>
 
Penilaian Berkala Sejagat (UPR) merupakan proses yang unik yang melibatkan penilaian berkala rekod hak asasi manusia daripada semua 193 Negara Ahli PBB. UPR merupakan inovasi penting daripada [[Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu|Majlis Hak Asasi Manusia]], yang berdasarkan prinsip layanan sama-rata untuk semua negara. Ia memberi peluang kepada semua negara untuk menyatakan apa tindakan yang telah diamail untuk meningkatkan situasi hak asasi manusia di dalam negara-negara mereka, dan untuk mengatasi cabaran ke arah hak asası manusia yang lebih baik. Perkongsian amalan hak asası manusia di seluruh dunia juga termasuk di dalam proses UPR. Belum ada lagi mekanisme yang setara dengan UPR wujud sebelum ini.