Sultan Mudzaffar Shah III (Perak): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
'''Sultan Mudzaffar Shah III ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah''' ialah [[Sultan Perak]] ke-13 yang telah memerintah mulai 1728 sehingga 1754.<ref name=PejabatSultan/> Baginda dimakamkan di [[Bota Kanan]].<ref>{{cite web |url=http://artmelayu.blogspot.com/2008/03/makam-3-muzaffar-tombs-of-3-muzaffars.html |title=Makam 3 Muzaffar |accessdate=6 Disember 2010 |year=2008 |work=Seni Lama Melayu |publisher=Radzi Sapiee}}</ref>
 
Lahir sebagai Raja Inu, baginda mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan kekandanya [[Sultan Alauddin Mughayat Shah]]. Selepas kemangkatannya pada 7 Zulkaedah 1167, baginda diwarisi pula anakanakanda saudaranya [[Sultan Iskandar Zulkarnain|Raja Iskandar ibni Sultan Muhammad Shah]].<ref name=PejabatSultan>{{cite web |work=Senarai Sultan Perak |title=13.Sultan Mudzaffar Shah III |url=http://sultan.perak.gov.my/informasi/senarai-sultan-perak.html |publisher=Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan |date=Februari 2013 |accessdate=21 Februari 2014}}</ref><ref name=PERAK3>{{cite web |author= |title=The Siak Dynasty - Genealogy - PERAK3 |url=http://www.royalark.net/Malaysia/perak3.htm |publisher=The Royal Ark |date=September 2008 |accessdate=21 Februari 2014}}</ref>
 
Semasa pemerintahan baginda, orang-orang Bugis yang diketuai oleh Yam Tuan Riau ke-2, [[Daeng Chelak]] telah datang menyerang, hingga negeri Perak berpecah dua. Mereka mengangkat adinda baginda, Yang di-Pertuan Muda Muhammad Shah menjadi Sultan, bergelar [[Sultan Muhamad Shah]]. Maka antara 1742 hingga 1743, Sultan Mudzaffar Shah III memerintah utara Perak dan Sultan Muhamad Shah memerintah selatan Perak. Tetapi tidak beberapa lama kemudian kedua adik-beradik berbaik semula dan memerintah bersama.<ref name=PejabatSultan/>