Batu Belah Batu Bertangkup (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 34:
Ketika ibunya pulang ke rumah untuk menikmati juadah yang diidamkan itu namun, dia sungguh kecewa kerana telur ikan yang diidamkan sudah dihabiskan oleh Pekan. Melur dipersalahkan kerana tidak mampu menjaga adiknya dengan baik. Semasa ibunya tidur, dia telah bermimpi mengenai panggilan suara puaka dari Gua Batu Belah Batu Bertangkup yang mempunyai cerita misterinya tersendiri. Akibat termakan hasutan, ibunya mengikut suara tersebut. Hal ini disedari oleh Melur dan Pekan. Mereka mengejar ibunya ke dalam hutan. Namun ibunya tidak menghiraukan. Sebelum tiba di pintu gua, ibunya sempat meninggalkan semangkuk susu badan untuk diberikan kepada Pekan yang masih kecil itu. Susu yang ditinggalkan itu terus diminum oleh Pekan yang kehausan. Tetapi sayangnya, ibunya berjaya ditelan oleh gua tersebut yang menginginkan satu nyawa lagi dan sumpahan itu akan tamat selepas itu.
 
Melur dan Pekan tidak sempat menyelamatkan ibunya. Hanya beberapa helai rambut sebagai tinggalan di pintu gua. Kini, Melur dan Pekan hilang tempat bergantung. Dia membawa diri sebelum dijumpai oleh seorang nenek kebayan yang pandai membuat ubat herba. Mereka dibesarkan dengan selamat. Beberapa tahun kemudian, Melur dan Pekan menginjak ke alam dewasa. Melur ([[Zaiton]]) seorang yang cantik rupawan manakala Pekan ([[Aziz Jaafar]]) seorang yang kacak dan mahir dalam acara menyabung ayam. Suatu hari, ayam sabungannya telah memasuki kawasan istana, Pekan mengekori ayamnya tanpa tersedar dia telah menceroboh masuk ke kawasan larangan istana. Di sana, dia bertemu dengan Tuan Puteri ([[Rahmah Rahmat]]). Sejak dari itu mereka berkenalan dengan mesra. Suatu hari, Raja ([[Haji Mahadi]]) telah menganjurkan pertandingan sabung ayam yang mana ayam sabungan milik Pekan berjaya menewaskan ayam sabungan milik Raja. Dipendekkan cerita, Pekan dilantik sebagai DatukRaja LaksamanaMuda. Ini menyebabkan Datuk SetiaHitam Pahlawan ([[Salleh Kamil]]) berasa cemburu. Sikap Pekan disenangi oleh Raja, Datuk Bendahara ([[S.Malik Sutan KadarismanMuda]]) dan pegawai-pegawai yang lain. Datuk SetiaHitam Pahlawan semakin berang selepas cintanyakekalahannya ditolakdalam olehsabung Melurayam. Kali ini, dia merancang untuk menyihir Pekan dan Puteri semasa hari persandingannya.
Walaupun Pekan dan isterinya berjaya disihir, namun Melur menyarankan kepada Raja, hanya penawar dari roh semangat ibunya mampu mengubati ilmu hitam tersebut. Roh ibunya berjaya menyembuhkan penyakit tersebut maka tamatlah sumpahan puaka gua batu belah batu bertangkup. Tetapi, Datuk SetiaHitam Pahlawan ingin menghabiskan riwayat Pekan kerana dia bersama-sama kuncunya sudah merancang hal ini terlebih dahulu. Mereka berdua beradu tenaga sehingga Datuk SetiaHitam Pahlawan berjaya dibunuhnya. Keadaan menjadi aman dan damai semula.
 
==Pelakon==