Hubungan luar negeri Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Fixed grammar
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Fixed grammar
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih iOS app edit
Baris 25:
Malaysia mengganggotai [[Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu]] dan kebanyakan agensi khususnya, termasuk [[UNESCO]], [[Bank Dunia]], [[Tabung Kewangan Antarabangsa]], [[Agensi Tenaga Atom Antarabangsa]]; [[Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan]], [[Persatuan Negara-negara Asia Tenggara]]; [[Bank Pembangunan Asia]], [[Perjanjian Pertahanan Lima Negara]], [[Sidang Kemuncak Asia Tenggara]] (EAS), [[Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik]] (APEC), [[Negara-negara Komanwel|komanwel]], [[Pergerakan Negara-negara Berkecuali]], dan [[Pertubuhan Persidangan Islam]].
 
DANIYAL GANTENGZ
DANIYAL GANTENGZ
DANIYAL GANTENGZ
===Spratly===
Malaysia menegaskan tuntuan kedaulatan terhadap [[Kepulauan Spratly]] bersama [[Republik Rakyat China]], [[Republik China]], [[Filipina]], [[Vietnam]], dan mungkin sekali [[Brunei]]. "Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan" yang dikeluarkan pada tahun [[2002]] meskipun meredakan ketegangan mengenai Kepulauan Spratly, namun bukannya [[tatasusila]] sah yang dikehendaki sesetengah pihak. Malaysia tidak terlibat dalam perjanjian sendi antara syarikat minyak kebangsaan Republik Rakyat China, Filipina dan Vietnam pada Mac [[2005]] dalam menjalankan kegiatan [[seismos]] marin di Kepulauan Spratly.
 
===Ligitan, Sipadan and Ambalat===
Keputusan ICJ mengenai tuntutan terhadap pulau-[[pulau Ligitan]] dan [[Sipadan]], yang dituntut Indonesia dan Filipina, memihak kepada Malaysia tetapi sempadan maritimnya di [[Laut Sulawesi]] yang kaya dengan hidrokarbon masih dalam pertikaian, lalu menimbulkan konfrontasi pada Mac 2005 mengenai konsesi kepada blok minyak [[Ambalat]].
 
===Singapura===
{{Utama|Hubungan Malaysia-Singapura}}
[[Singapura]] menjadi sebahagian Malaysia selama dua tahun (1963-65), sebelum akhirnya digesa Tunku untuk berpisah berikutan ketegangan antara kaum daripada kempen pilihan raya pada tahun 1964. Kini, masih wujudnya pertikaian antara Malaysia dan Singapura, termasuk mengenai harga penyaluran air mentah yang belum dirawat ke Singapura, tebus guna tanah Singapura yang menjejaskan persekitaran environmental di perairan Malaysia, jambatan baru untuk menggantikan [[Tambak Johor]] yang enggan dibiayai Singapura, sempadan maritim, pemajuan semula tanah-tanah KTM di Singapura, dan tuntutan [[Pulau Batu Putih]]. Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju agar pertikaian Pulau Batu Putih dihadapkan ke timbang tara [[Mahkamah Keadilan Antarabangsa|ICJ]].
 
===Pattani===
Keganasan di wilayah-wilayah selatan [[Thailand]] yang majoriti penduduknya beragama Islam mendorong Malaysia dan Thailand mengawasi sempadan antara kedua-dua negara. [[Kerajaan Malaysia]] pernah memberi perlindingan kepada pejuang Gerila Pattani ([[PULO]]) sebelum [[11 September]] [[2001]] terutamanya di [[Kedah]].
 
===Sabah===
{{Utama|Pertikaian Sabah}}
Filipin masih memendam tuntutannya terhadap Sabah.
 
===Limbang===
Sempadan darat Malaysia dengan Brunei sekitar Limbang juga dipertikai. Pada tahun [[2003]], Brunei dan Malaysia menamatkan penerokaan gas dan minyak di kawasan pesisiran dan dasar laut yang dipertikai kedua-dua pihak. Rundingan juga menemui jalan buntu lalu mendorong kemungkinan penghukuman antarabangsa.
 
===Ligitan, Sipadan and Ambalat===