Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 77:
Selain itu, fungsi SPR juga ialah menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan. Mengikut peraturan pilihan raya, tugas SPR ialah mengadakan pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.
 
Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah matimeninggal dunia atau didapati tidak layak mengundi.
 
Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.