Perbezaan antara semakan "Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah"

tiada ringkasan suntingan
 
Anak sulung kepada Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa (1898-1938) dengan permaisuri Tengku Ampuan Maharum binti Raja Muda Tunku Dziauddin dari [[Kedah]], baginda dilahirkan pada tahun 1893 di Jugra, [[Selangor]]. Nama baginda ketika dilahirkan adalah Tengku Musa Eddin.
 
Menerima pengajian persendirian, baginda menggantikan mengambil alih bapa saudaranya [[Raja Laut bin Sultan Muhammad]] sebagai Raja Muda Selangor pada tahun 1916. Seorang pemuda yang bijaksana, baginda mewakili bapanya dalam ''State Council'' yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa kolonial [[United Kingdom|British]].
 
Sikap pemikiran terbuka Tengku Musa Eddin meresahkan residen British [[T.S. Adams]], yang mencadangkan penyingkiran Tengku Musa Eddin sebagai Raja Muda. Walaupun bapanya Sultan Sulaiman merayu, Tengku Musa Eddin telah disingkirkan sebagai Raja Muda pada tahun 1933 di atas alasan "salahlaku peribadi". Saudara lelakinya Tengku Badar, yang dilahirkan pada tahun 1895, turut dilangkau oleh pihak British, yang kemudiannya telah melantik saudara tirinya Tengku Alam Shah, sebagai Raja Muda. (Kemudiannya bergelar [[Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah]] (lihat juga: [[Yang di-Pertuan Agong]])
Pengguna awanama