Raja Perempuan Zainab II: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 14:
 
 
'''Tengku Zainab binti Almarhum Tengku Muhammad Petra''', permaisuri [[Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim|Sultan Yahya Petra]] dan bonda Sultan Kelantan Ke-28, [[Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra|KDYMM Sultan Ismail Petra]], dilahirkan pada 7 Ogos 1917. Baginda merupakan puteri kepada YAM Tengku Sri Utama Raja Tengku Mohammad Petra bin YTM Tengku Petra Semerak Tengku Idris Ibni [[Sultan Ahmad, Kelantan|DYMM Sultan Ahmad]] Kelantan. Tengku Zainab menerima pendidikan awal agama yang disediakan oleh ayahanda bonda baginda selain mendapat asuhan dan didikan tentang adat resam Melayu dan adat istiadat Diraja yang diwarisi dari zaman ke zaman. Baginda juga diajar oleh guru-guru agama yang terkenal di [[Kelantan]].
 
Tengku Zainab berkahwin dengan Sultan Yahya Petra pada 4 Jun 1939. Baginda dilantik sebagai Tengku Ampuan Mahkota oleh KDYMM [[Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV|Sultan Ibrahim]] pada 9 Ogos 1956 dan pada hari yang sama baginda dikurniakan Darjah S.P.M.K. Baginda dilantik sebagai Raja Perempuan Kelantan pada 17 Julai 1960 dan bergelar Raja Perempuan Zainab II pada hari Sultan Yahya Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan. Baginda dianugerahkan Darjah Kerabat (D.K.) pada ulang tahun pertama keputeraan Sultan Yahya Petra.