Putera Bertopeng: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
kTiada ringkasan suntingan
Baris 29:
 
==Ringkasan==
Filem ini berlatar belakang di kota Baghdad, Iraq dimana seorang anak raja bernama Tengku Ali Shamsuddin ([[Ahmad Mahmud]]) dan Wan Dalila ([[Latifah Omar]]), anak kepada Gabenor Husin ([[Daeng Idris]]) adalah sepasang kekasih yang saling mencintai sejak kecil. Ketika itu berlaku rampasan kuasa di mana adinda kepada Sultan Shamsuddin ([[S. Shamsuddin]]) iaitu Raja Kamaruddin ([[Haji Mahadi]]) dan pengikutnya merampas takhta daridan baginda dantelah dipenjarakan seumur hidup manakala Putera Ali telah berjaya melarikan diri dari dibunuh oleh bapa saudaranya. Semasa di dalam perjalanan, mereka telah diekori oleh Mukhtar ([[A. Rahim]]) dan kuncu-kuncunya. Mereka bergelut sehingga menyebabkan Tengku Ali tercedera dan terjatuh ke dalam gaung. Pada mulanya Sultan Kamaruddin agak risau dengan dengan kehebatan Tengku Ali yang akan membalas dendam di atas rampasan kuasa tersebut. Namun begitu, Mukhtar sempat melaporkan kepada Siddiq ([[S. Kadarisman]]) dan Kamaruddin dengan mengatakan Tengku Ali telah berjaya dibunuhnya dan mayatnya dibuang ke dalam gaung. Dengan kejayaan itu, Mukhtar telah dilantik sebagai wizurai kerajaan yang baharu menggantikan tempat Siddiq. Manakala Siddiq pula dinaikkan pangkat menjadi Penasihat Sultan (Datuk Wazir yang baharu).
 
Pada hari pengishtiharan Sultan Kamaruddin sebagai Sultan yang baru, baginda telah memenjarakan Datuk Wazir sedia ada (lakonan [[M. Babjan]]) kerana tidak sehaluan dengan titahnya. Sultan Kamaruddin telah meminda perlembagaan negara dimana kesemua duit di dalam baitul mal akan digunakan untuk kegunaan rasmi kerajaan dan pegawai atasan kerajaan. Manakala sistem cukai daripada rakyat diperkenalkan bagi menjana semula pendapatan kasar negara. Baginda juga telah menitahkan kepada rakyat jelata yang tidak sehaluan dengan titahnya akan dihukum bunuh. Sementara itu, Siddiq telah berjumpa dengan Gabenor dan memberitahu bahawa Baginda Sultan akan berkahwin dengan Wan Dalilah. Bapanya mulai risau dan tidak mahu anaknya menjadi isteri kepada Sultan Kamaruddin.