M. Bakri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rykal06 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Rykal06 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 16:
}}
 
Allahyarham '''M. Bakri''' merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era [[60-an]] / [[70-an]] yang sering mendendangkan [[lagu|lagu-lagu]] di [[radio]] [[Malaysia Dan Singapura]].
 
Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari [[England]] telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan [[kugiran]].
Baris 22:
Sepanjang pembabitan Allahyarham M. Bakri dalam bidang seni, beliau telahpun merakamkan lebih 80 buah lagu. Beliau mula terbabit dalam bidang seni suara bermula sebagai penyanyi dalam Orkestra Aliran Muda. Pada 1957, beliau menjadi johan Bintang Radio Seluruh Malaya (ketika itu). Antara pengadil pertandingan termasuk Allahyarham seniman [[P. Ramlee]] dan Ahmad Jaffar.
 
Beliau hanya merakamkan lagu selepas lima tahun berkecimpung antaranya termasuk Sumbangsih dan Kenang Daku Dalam Doamu. Beliau mendirikan rumahtangga bersama CikPuan Hajjah Salha Majid .
 
Pada tahun-tahun awal 1980-an, beliau aktif dalam kumpulan Sriwana dan antara jawatan yang dipegangnya ialah Ketua Muzik yang terlibat secara langsung dengan Kumpulan Koir.
 
Beliau juga antara pengasas Kelab Artis Kampong Ubi yang ditubuhkan pada [[1995]], manakala anggota yang lain termasuk Karim Iskandar, M. Wari, Naim Pani, [[A. Karim Jais]], [[M. Masnawi]] dan [[Zam Zam]]. <ref>[http://hamlau.proboards44.com/index.cgi?board=sumbangsih&action=display&thread=123&page=6 M. Bakri]</ref>
 
Saudara M. Bakri telah meninggal dunia pada 2001 di Makkah selepas selesai menunaikan ibadah haji.
 
===Album===