Shah Alam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 174:
[[Universiti Teknologi MARA]] (''UiTM'', dahulunya dikenali sebagai ''Institut Teknologi MARA'' atau ''ITM'' sehingga pada tahun 1996) yang terletak dekat dengan pusat Bandar [[Shah Alam]]. Keseluruhan kawasan universiti merangkumi keseluruhan seksyen yang terletak di barat bukit bandaraya yang dikenali sebagai Seksyen 1. Di Seksyen 17 pula, terdapat satu cawangan kampus UiTM yang dikenali sebagai ''Pusat Pengajian Kebangsaan'' (INTEC), Malaysia, dimana pelajarnya perlu menempuhi program persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. INTEC UiTM adalah satu-satu kampus UiTM yang menerima pengambilan pelajar bukan bumiputra.
 
Selain itu, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi yang lain di Shah Alam termasuklah kampus kota [[Universiti Selangor]] (universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor) yang terletak di Seksyen 7, [[Universiti Pengurusan dan Sains|Management and Science University]] (MSU), dan kolej kerjasamanya, [[Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan|PTPLKolej CollegePTPL]]. Shah Alam juga mempunyai beberapa pusat pengajian yang berkaitan dengan industri yang dikenali sebagai Politeknik Shah Alam (atau [[Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah]]), CIAST, and ADTEC.
 
Di Shah Alam disediakan pelbagai jenis sekolah rendah dan menengah. Adakalanya, ianya melebihi populasi daripada penduduk setempat. Sebagai contoh, berdasarkan senarai dibawah, di Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara and Taman Bukit Saga yang berada di Seksyen 27 dan Seksyen 28, terdapat tiga buah sekolah menengah dan tujuh buah sekolah rendah. Manakala, di Seksyen 16 dan 17, sekolah menengah yang ada hanyalah SMK Seksyen 16. Pada masa kini, Shah Alam sudah mempunyai 19 buah [[sekolah menengah]], 1 buah [[Pendidikan_menengah#Sekolah_Menengah_Teknik_.26_Vokasional|sekolah teknik]], 1 buah [[Pendidikan_menengah#Sekolah_Menengah_Teknik_.26_Vokasional|sekolah vokasional]]. Dibawah adalah senarai sekolah-sekolah yang ada di Shah Alam.