Perbezaan antara semakan "Kereta kebal"

19 bait ditambah ,  2 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k
[[Fail:M1A1 abrams front.jpg|thumb|300px|Kereta kebal US M1A1 Abrams adalah antara contoh kereta kebal moden. Turetnya (menara kecilnya) rendah disesuaikan dengan bentuk keseluruhan kenderaan.]]
 
'''Kereta kebal''' ({{lang-en|Tank}}) merupakan kenderaan tempur berperisai (ACV) ''berantai'' yang direka untuk memusnahkan musuh yang kelihatan melalui tembakan langsung dari [[meriam]] bergaris pusat besar dan tembakan sokongan dari [[mesingan]]. Kereta kebal seperti "MBT" (Kereta Kebal Utama) dibezakan dengan kereta perisai seperti AFV (Kenderaan Tempur Infantri) melalui persenjataan dan perisainya. Kelangsungan kereta kebal untuk terus beroperasi ditentukan oleh ketebalan perisainya, di samping daya gerak dan kepantasan memusnah musuh oleh persenjataannya. Rantai kereta kebal membolehkannya melintasi sebarang jenis permukaan bumi, hatta jalan kasar dengan kelajuan menakjubkan.
 
Kereta kebal direka dan digunakan pertama-kalinya oleh British dalam [[Perang Dunia I]] (WWI) untuk memecahkan kebuntuan [[peperangan kubu parit]], dan mereka terlibat secara beransur-ansur untuk menjalankan tugas asal [[pasukan berkuda]] di medan perang: dengan sama ada serangan posisi rusuk dengan pergerakan pantas atau menembusi pertahanan dengan pemusatan yang besar. Setiap pergerakan akan diikuti oleh dengan penembusan yang dalam ke barisan hadapan musuh, sekali lagi dengan daya geraknya yang tinggi. Kereta kebal jarang beroperasi sendirian, terorganisasi dalam unit berperisai, selalunya dalam pasukan bersenjata gabungan. Tanpa sokongan yang baik, biarpun mempunyai ketebalan perisai dan daya gerak, ia mudah dimusnahkan dengan meriam anti-kereta kebal khas, kereta kebal lain, roket anti-kereta kebal, periuk api anti-kereta kebal, infantri dan pesawat khas anti-kereta kebal.
13

suntingan